CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6153|Reply: 0

[Pulau Pinang] Program Kewarganegaraan Pulau Pinang bukan 'JPN swasta' - EXCO

[Copy link]
Post time 9-6-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Program Kewarganegaraan Pulau Pinang bukan 'JPN swasta' - EXCO


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 9, 2024 @ 8:32pm bhnews@bh.com.my




Lim Siew Khim. - Foto Facebook





GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini menjelaskan Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) bukan bertindak mengeluarkan kad pengenalan, sebaliknya berperanan sebagai perantara antara orang awam dan kerajaan.

EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan PKPP pada 1 Februari 2013 bertujuan membantu penduduk Pulau Pinang serta lahir di Pulau Pinang yang berdepan masalah permohonan kewarganegaran.

"Antaranya seperti masalah daftar lewat sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan, permohonan kewarganegaraan Malaysia, permohonan MyPR (pemastautin tetap), MyKas (pemastautin sementara) dan permohonan lain yang berkaitan dengan status kerakyatan Malaysia.

"PKPP bukan unit baharu atau beroperasi secara rahsia memandangkan ia ditubuhkan sejak 2013 dan telah dibentangkan dalam mesyuarat EXCO dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) justeru semua orang sedia maklum mengenai unit ini dan ia tidak pernah menjadi isu sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Siew Khim berkata, program berkenaan membantu ramai orang yang layak mendapatkan kewarganegaraan mereka mengikut undang-undang dan inisiatif itu diambil kerana ramai wakil rakyat menerima kunjungan berkaitan isu terbabit di pusat khidmat mereka melibatkan banyak dokumentasi dan pemeriksaan yang teliti.

Beliau yang juga pemantau program itu turut menegaskan PKPP bukan sebuah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) swasta, sebaliknya ia bertujuan membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN.

"PKPP turut membantu rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi tidak memperoleh taraf kewarganegaraan kerana bapa berwarganegara Malaysia tidak mendaftarkan perkahwinan dengan ibu warganegara asing di JPN.

"Ramai telah menerima manfaat dari program ini termasuk kaum Melayu, Cina, India India dan kami telah membantu mereka mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di JPN dengan seramai 101 orang telah berjaya memperoleh taraf kewarganegaraan," katanya.

Beliau turut menegaskan, PKPP telah membantu ramai penduduk Pulau Pinang dan jika permohonan tidak memenuhi syarat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, pihaknya akan menasihati golongan terlibat mengenai langkah sewajarnya yang perlu diambil.

"PKPP bukanlah sebuah JPN swasta. Kami membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN," katanya.

Media sebelum ini melaporkan JPN menafikan terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan yang tular di Facebook sejak semalam.

JPN berkata, program itu bukan anjuran bersama pihaknya, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list