CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 0

[Sarawak] Bekas penjawat awam jadi prospek pertama jalani tahanan rumah PBSL

[Copy link]
Post time 13-6-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode


PBSL: Nora menyerahkan dokumen pelepasan PBSL kepada Sofea.

KOTA KINABALU: Seorang bekas penjawat awam wanita terpilih menjadi prospek pertama menjalani tahanan rumah bagi inisiatif Program Perintah Tahanan Rumah (TR-PBSL) melalui PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Nora Musa berkata prospek terbabit turut menjadi prospek pertama di Jabatan Perjara Sabah dan Labuan yang mendapat perintah TR-PBSL untuk tahanan rumah.

“Perintah ini dijalankan sejak Januari yang dikhaskan kepada empat kategori iaitu prospek yang sudah dikategorikan sebagai warga emas, mengalami masalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan berkala, wanita mengandung bagi tempoh tujuh bulan ke atas dan prospek yang mempunyai keilatan upaya termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Usaha ini bagi memudahkan prospek mendapat penjagaan kesihatan dan perhatian yang mencukupi daripada ahli keluarga lain dalam menjalani baki hukuman di luar tembok penjara,” katanya semasa sidang media di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Bercakap lanjut Nora berkata, prospek yang dipilih mengalami masalah kesihatan serius kencing manis dan memerlukan pemeriksaan kesihatan berterusan.

Katanya, melalui program ini prospek mampu mendapatkan penjagaan lebih teliti dan beliau juga mengharapkan agar lebih prospek dipilih dalam perintah ini bagi memastikan kesejahteraan prospek lebih terjamin.

Nora berkata, dalam program sama, seramai 196 Orang Bebas Berlesen (OBB) dilepaskan fi seluruh Sabah iaitu 56 OBB dari Penjara Pusat Kota Kinabalu (PPKK), lapan dari Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK), 46 Penjara Tawau, 24 di Penjara Sandakan, sembilan di Penjara Lahad Datu dan 53 di Sekolah Henry Gurney.

“Pelepasan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh institusi Penjara Malaysia sebelum Aidiladha memberi peluang kepada penghuni penjara yang beragama Islam untuk merayakan perayaan penuh bermakna bersama keluarga selain membolehkan penghuni lain-lain agama mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, prospek berumur 65 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sofea berkata, dia sangat gembira apabila terpilih dalam TR-PBSL dan amat berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia dengan kesempatan bersatu semula dengan ahli keluarganya.

Beliau berkata, tahap kesihatannya kurang memuaskan apabila terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari disebabkan penyakit kencing manis yang dialaminya.
“Saya dimasukkan ke penjara pada Januari lalu selepas diperdaya bekas rakan sekerja dan dijadikan sebagai keldai akaun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dua tahun.

“Syukurlah pihak mahkamah meringankan hukuman kepada satu tahun sahaja dan sekali lagi saya bersyukur Jabatan Penjara Malaysia memilih saya menjalani program ini dan saya boleh mendapat perhatian lebih teliti daripada ahli keluarga di rumah sebelum menamatkan baki hukuman sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, dia akan meneruskan rutin setiap tahun apabila tiba Hari Raya iaitu dengan memasak makanan kegemaran anak-anaknya iaitu rendang berikutan tidak berkesempatan beraya bersama pada Aidilfitri tahun ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list