CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15762|Reply: 1

Top 10 Android Box Terbaik di Malaysia 2024 (Murah + 4K) Lagi

[Copy link]
Post time 29-6-2024 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 30-6-2024 01:58 AM



Kebanyakan dari kita suka  device ini kan? untuk tonton free movies ke,ni untuk yang nak buat Tv biasa tukar jadi smart tv,kita boleh saja pun beli
Android Tv,jadi ttk perlu dah sangat Androd box.tapi,bagi saya,
saya masih lagi saja guna android tv ni,walaupun tv pun memang
smart tv,jadi,

Disebab saya ada free sikit masa,saya tolong lah senaraikan android TV lebih2 lagi yang
4K, spec 4K sangat penting untuk saya,yela,kita nak tengok movie dengan terpaling clear yang boleh,
sepanjang  saya guna beberapa tahun ni,saya dah guna 2 android box,dua2 4K,
saya cadangkankalau korang nak cari yang best clear, boleh cek di bawah


1) Mecool KM2 Plus - harga nya kalau nak beli kat shopee, takla berapa nak
     mahal sangat- RM257.92




Prestasi grafik tinggi
Dilengkapi sistem operasi Android 11
Menyokong sambungan 5G
Boleh dihubungkan melalui Bluetooth
RAM bersaiz kecil
CPU: S905X4-B Quad-Core A55
GPU: G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0
OS: Android 11
SDRAM: 2 GB
Flash Memory: 16 GB
Frequency: Lan Ethernet
WiFi: 2.4GHz & 5GHz

Kekuatan android TV box daripada jenama Mecool ini adalah pada kelancaran
penggunaannya dan kejelasan paparan video yang dimainkan.

Kelancaran penggunaannya yang baik terletak pada sistem operasi Android 11
yang efisen dan CPU S905X4-B Quad-Core A55 yang berkuasa.

Dari segi paparan video, anda akan memperoleh kualiti gambar yang tajam dan
warna yang jelas dengan fungsi sokongan output video setinggi 8K.

Keberadaan beberapa GPU seperti G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0
membolehkan model ini menangani tugas grafik yang kompleks dengan lebih baik.

Ini termasuk memainkan filem atau drama terkini di platform seperti Netflix
yang melibatkan grafik tinggi tanpa mengalami lag atau jerking.

Suatu kepuasan menonton yang dicari-cari untuk sebuah android box.
credit- productnation.



selain itu.
-----------

Overview:
Pros: Google-certified Android Box, Support Dolby Atmos, Chromecast, Google Assistant, ada dual WiFi.
Cons: RAM dan storan yang biasa tetapi masih ok untuk penggunaan harian biasa.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 16GB | USB: 2 | HDMI: 1 | OS: Android 11 |
Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.

Jenama Android Box terbaik dari Mecool ni jadi pilihan ramai sebab ianya antara model Android TV Box
murah yang support Dolby Audio(Atmos). Model KM2 Plus ni Google Certified TV Box yg
menggunakan Android version 11 yg terkini (model lama KM2 hanya Android OS 10)

– so ianya support Google Assistant dan ada fungsi Chromecast untuk korang share screen
phone/laptop korang ke TV korang. Juga ada Google PlayStore sekali jugak. RAM,
slot dan storage sama macam model biasa yang lain tapi model ni support resolusi
dari Full HD hingga 4K dengan audio yang power! Model ni juga mempunyai Ethernet LAN port,
AV jack, SPDIF connector, 2 USB port dan juga MicroSD card slot.
Nak layan movie Netflix, Disney+ dan HBO baru la mantap bro!
Antara pilihan yang baik dari jenama Mecool! credit-.shoptrack.my




2) yang kedua saya guna. harga agak tak berapa nak murah,tapi best
korang cari sendiri harganya search shopee dan lain2

Nvidia Shield Android TV Box PRO 4K


Android Box Terbaik Overall & Untuk Gaming
Overview:
Pros: Support Dolby Audio & Vision, untuk pro users
Cons: Harga mahal
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 3GB | Storage: 16GB | USB: 2 |
HDMI: 1 port | OS: Android 11 |
Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.

Jenama NVIDIA ni memang popular sebagai pengeluar Graphics Card terbaik di dunia.
So bila diorang buat Android TV Box memang boleh expect kualiti video terbaik,
confirm the best! Yang menarik tentang model ni ialah ianya datang dengan processor
khas NVIDIA® Tegra® X1+ yang support resolusi 4K HDR. Walaupun TV korang hanya
support Full HD, still boleh guna jugak. Datang dengan operating system Android 11
yang lengkap dengan sokongan Dolby Atmos & Dolby Vision juga DTS-X untuk sound
experience yang maksimum. Model ni juga support dual wifi 2.4GHz dan 5 GHz.
Selain Google Assistant, model ni ada juga support bagi Amazon Alexa.
Sangat berbaloi dengan semua fungsi yang ada! Pilihan terbaik!


selain itu juga, ada yang harga mampu milik ikut review agak baik dan
paling murah


3) Xiaomi Mi TV Box S (Global Version)
harga-RM229.00

Overview:
Pros: Pilihan 4K murah dgn Netflix dah installed.
Cons: tiada dual WiFi & Bluetooth, hanya Android 8.1.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 8GB | USB: 1
| HDMI: 1 | OS: Android 8.1 | Bluetooth: tiada | Dual WiFi: tiada.
Android Box dari Xiaomi ni merupakan salah satu Android Box terbaik
yang popular di pasaran Malaysia. Model ni sesuai untuk korang
yang ada WiFi yang power. Ada 1 port utk USB dan 1 lagi utk HDMI.
Model ini juga support resolusi 4K. Ada Bluetooth connection dan yang bestnya,
model ni juga support sistem audio Dolby+ dan DTS. Dah siap install dalam
ni adalah App Google Play Store, Youtube & Netflix. Dengan OS Android 9,
2GB Ram dan 8GB storage, cukup untuk tengok Youtube dalam 4K. Semua
ini dengan harga yang murah.
Memang best buy! Beli dari Official Store / Preffered Seller
kalau nak make sure yang original!



4) Amazon Fire TV Stick 4K Max
harga- RM166.00 - RM266.00

TV Box Amazon Terbaik
Overview:
Pros: Size kecil, Support Wifi 6. Dolby Vision & Atmos. Fire OS dengan Amazon Appstore, Remote yg user-friendly.
Cons: Tiada Google Play Store, tetapi Amazon Appstore masih sama byk apps.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 8GB | USB: 1 | HDMI: 1 | OS: Fire OS | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Untuk korang yang familiar dengan Amazon dan produk-produk dari Amazon,
Amazon Fire TV Stick ni memang antara streaming device yang sangat popular
di US dan Europe. Amazon merupakan antara pelopor bagi teknologi streaming
device sejak awal lagi sebelum Android box muncul di pasaran. Fungsinya
masih sama macam android box biasa, cuma perbezaannya adalah dari
segi user interface dan cara navigasi dalam apps je. Yang best tentang
Amazon Fire TV Stick 4K Max ni, ianya lebih user-friendly berbanding
kebanyakkan interface android box yg ada di pasaran. Fire Stick ni menggunakan
Fire OS ciptaan amazon dan menggunakan Amazon Appstore untuk kita download
apps – sama je mcm Google Play Store tu. Model ini support Dolby Vision dan Atmos.
Mempunyai 2GB RAM, 8GB storage, Ada bluetooth, Wi-Fi 6, support Alexa voice control
dan ianya sangat mudah nak guna dan pasang. Plug and play je guys! Dari segi harga pun,
ianya sangat murah dan berbaloi dengan apa yg ada dapat! Best buy!


5)  HAKO Pro 4K TV Box Android
harga- RM285.01

Android TV Box Paling Berbaloi Dengan Storage Besar
Overview:
Pros: Google-certified Android Box, Support Dolby Audio Digital Plus, Chromecast,
Google Assistant, ada dual WiFi. LAN Ethernet port, SD card slot
Cons: OEM brand
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 4GB | Storage: 64GB | USB: 2 | HDMI: 1 |
OS: Android 11 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Kalau korang cari Android TV Box yang ada LAN Ethernet port untuk connection internet
yang stabil, model android box HAKO Pro ni antara yang kami sarankan. Google Certified TV Box
yg menggunakan Android version 11 ini lengkap dengan Google Assistant, Chromecast dan Google
PlayStore sekali jugak. Menarik tentang model ini, ianya ada ciri sokongan Dolby Audio Digital
Plus untuk sound yang crispy dan menyeluruh. Dari segi RAM dan kapasiti storage, lebih kurang
sama macam kebanyakkan model lain, dengan variasi yang pelbagai. Model ni juga mempunyai
2 USB port dan juga MicroSD card slot. Output video pula dalam format resolusi 4K
dan turut mempunyai dual wifi connection support. TV box ini juga menggunakan OS
Android 11 yang terkini guys! Antara pilihan yang baik!



6) Xiaomi Mi TV Stick FHD
   Harga bermula- RM139.00

Mudah dibawa ke mana-mana (portable)
Dilengkapi dengan aplikasi seperti Google Play
Menyokong output 4K
Storan rendah (8GB)
RAM : 1GB
Storage : 8GB eMMC
CPU : Quad-core Cortex-A53
GPU : ARM Mali-450
Ports : HDMI x1 / Micro USB x1
Wi-Fi : 2.4GHz/5GHz
Bluetooth : 4.2 Version

Android box dalam bentuk stick berjenama Xiaomi ini mempunyai rekaan yang sleek dan ringkas.

Malah dengan saiz kecil yang boleh dibawa bersama-sama ketika melancong, outstation dan sebagainya.

Mi Stick ini juga mudah dipasangkan pada semua device yang mempunyai sambungan HDMI.

Selalunya digunakan untuk menonton filem dan rancangan TV menerusi pelantar OTT
seperti Netflix, Youtube, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime Video.

Paparannya juga memuaskan hati kerana menyokong output video 4K.

Alat kawalan jauhnya juga menyokong fungsi suara melalui Google Assistant,
supaya anda boleh membuat carian menggunakan suara sahaja, tanpa perlu menaip



7) Q+ Android Box productnation
mulai RM99.99

Ada SD card dan USB slot
Paparan jelas 6K Ultra-HD
Plug and play
Hanya memiliki 2.4GHz
CPU: Quad core ARM Cortex-A53
GPU:Mali-T720
OS: Android 9.0
SDRAM: 2 / 4GB
Flash Memory: 16 / 32 / 64GB
Frequency: LAN Ethernet
WiFi: 2.4GHz

Tonton drama terkini pada smart TV tanpa sebarang lagging dengan Q+ Android Box.

Mungkin sistem Android 9.0 bukanlah yang terkini, tetapi ia masih memberikan prestasi yang pantas untuk keperluan hiburan harian anda.

Selain itu, CPU Quad core ARM Cortex-A53 yang canggih memberikan kawalan lancar untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan daya pemprosesan tinggi.

Kualiti tontonan bertambah hebat dengan visual sejelas 6K Ultra-HD.

Jika anda memerlukan storan tambahan untuk melancarkan lagi sesi tontonan, pilih sahaja model dengan flash memory lebih tinggi iaitu 32GB atau 64GB.

Atau anda boleh juga masukkan SD card setinggi 64GB pada slot yang disediakan.credit productnation


8) V88 mini Android TV Box ,Harga mulai
RM 57.80

Menyokong Android 12
Paparan jelas 8K HD
Penghasilan bunyi berkualiti tinggi
Hanya memiliki 2.4GHz
CPU: 4 Core A7
GPU: Multicore Mali 400
OS: Android 12
SDRAM: 2 GB
Flash Memory: 16 GB
Frequency: Lan Ethernet
WiFi: 2.4GHz

Bagi mendapatkan android TV box yang sesuai untuk TV digital anda,
ada beberapa ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dan V88 mini ini melengkapi hampir semuanya.
Menyokong resolusi tinggi sehingga 8k, paparan video akan menjadi lebih hidup dan jelas,
menampilkan setiap butiran dengan ketajaman yang memukau.

Android TV box biasanya disambungkan dengan TV digital melalui port HDMI
dan jangan risau, kerana model ini memiliki port dan juga wayarnya.

Untuk memuat turun dan memasang aplikasi seperti Netflix dan YouTube
sistem operasi Android 12 memberikan akses yang lancar ke Google Play Store.

Dalam banyak-banyak kelebihan model ini, yang paling menarik adalah tahap Hi-Fi
(High Fidelity) yang dihasilkan oleh output audio stereo model ini.

Ini bermakna, ia boleh menghasilkan kualiti bunyi stereo yang sangat
jernih dan setia kepada sumber asalnya tanpa memerlukan
bantuan peranti audio tambahan.


------------------------------

ok korang bolehlah  cuba baca2 review dan Harga
pun dah ada sana , moga Berjaya ye tukar Tv biasa
korang ke smart tv yang tiba-tiba canggih hehe








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Googd info tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.942973 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list