Edited by Lulu_717 at 2-7-2024 02:43 PM
Tadi ternampak video yang dikongsikan oleh stesen radio Era.
Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Natalia mendedahkan dia telah pun bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang influencer terkenal di Tik Tok setelah berkahwin pada awal Januari yang lalu.
Suaminya telah mendedahkan perangai sebenar sejak hari pertama perkahwinan mereka namun dia bersangka baik yang suaminya mungkin stres dengan kawan-kawan influencer yang hadir ke majlis mereka.
Dia merasakan telah membuat kesilapan yang besar dalam kehidupan selepas sebulan berkahwin.Influencer itu mula berani angkat tangan jika Natalia tidak mendengar cakap malah ibu bapanya sedar dia dipukul oleh suaminya itu apabila mereka ternampak kesan pukulan di bahagian badan. Bukan itu sahaja, dia juga pernah membuang makanan yang dimasak isterinya betul-betul di depan mata.
Natalia tidak tahan dan akhirnya nekad untuk bercerai dengan lelaki selepas tempoh empat bulan perkahwinan. Menurutnya,influencer itu tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sebagai seorangyang panas baran dan suka mengeluarkan kata-kata kesat sepanjangtempoh percintaan mereka selama tiga tahun.
Persoalannya,siapakah influencer tersebut?
|