View: 31222|Reply: 14
|
Andika Putera nafi curang
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial Andika Putera menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda Natasha.
Andika atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera, 27, bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Tambah Andika, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
"Dan sepanjang berumahtangga dengannya, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.
"Coach (jurulatih) yang diperkatakan sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya," kata penceramah motivasi berasal daripada Pulau Pinang itu.
Andika bagaimanapun mengaku khilaf atas perbuatan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri sehingga disalah tafsir dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
"Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenal pasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.
"Tak fasal-fasal saya dituduh curang. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah hingga timbul pelbagai andaian negatif," katanya yang mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika terus berdepan fitnah.
Terdahulu, Natasha memuat naik siri tangkap layar dipercayai daripada beberapa individu di InstaStory mendakwa lelaki berkenaan bermain kayu tiga bersama seorang wanita yang juga ikon motivasi dalam sebuah program.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Jambul je tinggi sejengkal..
What are u trying to compensate |
|
|
|
|
|
|
|
macamana la pompuan ni boleh kawin ngan pondan narsis foundation kelabu tebal ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang taste perempuan sekarang ke lelaki berjanggut tempel mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg nama betul ke andika putera tu?geli plak aku |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry uollsss.. iollss newbie kt sini.. nk tnye.. cmne nk lps thread 3? |
|
|
|
|
|
|
|
Tipahlawo replied at 31-7-2024 08:54 PM
Sorry uollsss.. iollss newbie kt sini.. nk tnye.. cmne nk lps thread 3?
Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread |
|
|
|
|
|
|
|
eyena80 replied at 15-8-2024 10:48 AM
Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread
Sbb nk masuk benang kak kepam ke? ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Tipahlawo replied at 16-8-2024 09:09 AM
Sbb nk masuk benang kak kepam ke? ????
Yelah zissss
Hidup tak aman tak boleh baca benang kak pam |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry aku x suka lelaki mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
eyena80 replied at 15-8-2024 10:48 AM
Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread
Samaa lahh |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni fyp balik gara gara dressing ala ala old money
Macamana dia boleh jadi penceramah motivasi sedangkan bila bercakap macam ada sesuatu dalam mulut
Meluat betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila kene interview asyik sebut dika dika. geram pulak mak mendengarnyaaa. pastu mcm mana org boleh attend talk dia ni eh. tak faham apa dia nak cuba sampaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Dressing old money tu vangang betul! Kejadah old money kalau ketiak melecek basah! Dahla seluar, lengan baju masih ketat. Pastu material baju2 and sluar2 dia pakai semua nmpak very cheap!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|