CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31553|Reply: 101

[Tempatan] Ingatkan hilang, rupanya terperangkap sembilan jam dalam lif

[Copy link]
Post time 20-8-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

Ingatkan hilang, rupanya terperangkap sembilan jam dalam lif

Safeek Affendy Razali
[email protected]



Rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak tertidur selepas sembilan jam terperangkap dalam lif.


Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak petang semalam di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Cheras, di sini, ditemukan dalam keadaan lemah, awal pagi tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua mangsa berusia 11 dan 10 tahun dilihat tertidur selepas terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif yang sedang diselenggara pada 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Terdapat dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris mereka petang semalam.

"Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak terbabit keluar dari rumah untuk membeli pau di kedai berdekatan pada 2.30 petang semalam sebelum mereka terperangkap dalam lif berkenaan," katanya kepada BH, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan maklumat penduduk, kanak-kanak terbabit sudah meminta bantuan sehingga keletihan dan tertidur.

Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 11:02am


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bilan-jam-dalam-lif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2024 01:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2024 01:17 PM | Show all posts
UTAMA

Menangis sampai tertidur, pau tak sempat beli

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
[email protected]



Rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak tertidur selepas terperangkap dalam lif. FOTO Ihsan

Kuala Lumpur: Ahli keluarga Faiq Adiwira, 11, bersyukur kanak-kanak itu ditemui selamat selepas terperangkap hampir 11 jam di dalam lif di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, di sini semalam.

Ibu mangsa, Fospaliza Md Sariff berkata anak kelima daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan lemah selepas terperangkap sejak 2.15 petang semalam sebelum ditemukan pada 1 pagi tadi.


Menurutnya, Faiq keluar dari rumah untuk membeli pau di kedai berdekatan sebelum terperangkap dalam lif berkenaan

"Pau itu memang makanan favourite (kegemaran) dia sampaikan orang pau (penjual) itu pun sudah kenal wajah dia sebab selalu beli.

"Ketika kejadian dia turun dari rumah kami di tingkat sembilan sebelum terperangkap di tingkat empat bersama seorang kawannya, pau pun tak sempat beli," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Menurutnya, ketika ditemui dua kanak-kanak itu dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas terperangkap tanpa makanan dan minuman.

Fospaliza berkata, kanak-kanak itu cuba meminta tolong melalui butang interkom tetapi tiada respon dan mereka hanya mampu menangis sehingga tertidur beberapa kali.


Menurutnya, pada peringkat awal mereka tidak menyangka dua kanak-kanak itu terperangkap di dalam lif berkenaan dan menyangka mereka hanya pergi bermain.


"Biasanya dia pergi bermain dengan kawan-kawan dan saya dah tetapkan untuk dia mesti berada di rumah sebelum jam 7 petang.

"Jadi saya tidak sangka mereka terperangkap kerana ingatkan dia pergi bermain selepas membeli pau di bawah blok kami," katanya.

Menurutnya, sepanjang 12 tahun menetap di pangsapuri itu sudah beberapa kali kejadian sama berlaku namun kepada orang dewasa.

Katanya, mereka sekeluarga bersyukur tiada perkara tidak diingini berlaku ke atas Faiq dan kanak-kanak itu sudah bersemangat kembali ke sekolah hari ini.

Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 12:51pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pau-tak-sempat-beli
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 01:20 PM | Show all posts
pak guard tk pantau cctv lif ke? sampai sembilan jam ek dibiarkan mcm tu lif.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 01:49 PM | Show all posts
Yang dewasa terperangkap setengah jam dalam lif pun dah cemas menggelupur, apatah lagi 9 jam

Mesti trauma bebudak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 01:52 PM | Show all posts
aik takkan takde sapa check cctv or jaga intercom lift tu? abagla  gad pegi mana?

saman le apa lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mak nya pon patut kalo dah byk kali kes lif sgkut berlaku , patut 1st thought mmg ke lif dulu sblom cari tempat² lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:06 PM | Show all posts
kesiannya budak2 ni....trauma dah pasni nk masuk lift
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pprt mane ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:10 PM | Show all posts
pakgad patut d salahkn...xkn depa x tgk lgsung cctv dlm tempoh 9jam tu...lama kot...dok maen hp je ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-8-2024 01:52 PM
aik takkan takde sapa check cctv or jaga intercom lift tu? abagla  gad pegi mana?

saman le apa lagi ...

Kaannnn
Jenis apartment hada cctv pulak tu, dlm 9jam ilang sorg pn xpikir check cctv.
Xkan tau budak² tu turun naik umah guna lift.
Kalo nengok crime tv show no 1 mesti check rekod cctv dulu.
Mujur masih panjang umur budaknye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:15 PM | Show all posts
ala sian nya. penat menangis sampai tertido. mesti trauma tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..

Hebat nama dia
Adiwira
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 20-8-2024 02:06 PM
kesiannya budak2 ni....trauma dah pasni nk masuk lift

Iols paling seram lif ni kalo malang xberbau kes pintu lif dh bukak tp cabin dia tadak. Xtgk betol² main masuk.....jatuh
Penah hada kes cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:28 PM | Show all posts
Pernah tersangkut dlm lif sekolah dgn anak. Sejam. Fuh! Mujur 4 org je masa tu cukup la oksigen utk bernafas. Punca jadi sejam sb si pemegang kunci lif tertidur. Call tak angkat2. Yang penting kena maintain jelita masa diselamatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:29 PM | Show all posts
kesiannya, dlm lif ada cctv kan tapi takde sapa cek ke, dah tgk lif tu rosak/tak bergerak

ni yg buat seram nak naik lif kalau tempat tu kita biasa, takut terperangkap, lama 9 jam oii trauma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 02:31 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 20-8-2024 01:20 PM
pak guard tk pantau cctv lif ke? sampai sembilan jam ek dibiarkan mcm tu lif.

pak guard nya orang asing. bodo punya management.
parent pun so dumb

i harap all of them are sued and tangkap by police. outrageous !
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 20-8-2024 02:19 PM
Iols paling seram lif ni kalo malang xberbau kes pintu lif dh bukak tp cabin dia tadak. Xtgk betol ...

Minta dijaunkanlah...seram..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak bujang ai masa baru pindah naik lif ikut kawan pastu diaorg tinggalkan dia dlm lif. Ai igtkan main kat koridor aje. Balik nangis2. Sampai sekarang ye kalau naik lif dia macam trauma sikit. Kalau tinggi dia siap pegang tangan ai. Kalau takat kat tpt ai ni dia rela naik tangga.
Tuk kes ni mmg management cuai la tak tgk,takkan dari budak tu sangkut smpi jumpa takde org naik lif kan. Ptut disaman aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ALLAH kesiannye dgn x mkn.. lame ek baru jmpe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055237 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list