View: 42813|Reply: 54
|
Berhati-Hati Jika Ingin Melancong Ke India, Dr Say Dedah Seorang Lelaki Hanya Boleh Hasilkan 10ml Air Mani Per Ejakulasi
[Copy link]
|
|
Sebagai seorang doktor yang mempunyai pengalaman belajar di India, Dr Say Shazril tampil mengulas mengenai kisah kematian seorang doktor pelatih di Kolkata, India, baru-baru ini.
Berdasarkan laporan statistik, Dr Say memberitahu lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Lebih menyeramkan, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.
Ujar Dr Say lagi, sebelum ini pernah berlaku satu kes melibatkan pasangan kekasih pelancong dari Sepanyol, apabila si teman wanita telah dirogol secara bergilir-gilir sewaktu berada di India. Teman wanita lelaki itu telah dirogol oleh tujuh orang lelaki.
"Terbaharu adalah kes yang berlaku pada 9 Ogos 2024, melibatkan seorang doktor wanita, Dr. Moumita Debnath di Kolkata."
"Rakan sekerjanya melaporkan kehilangan dia dan kali terakhir beliau dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja."
"Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis apabila laporan bedah siasat sahkan beliau dirogol dan dicekik hingga mati."
"Doktor malang ini kena bunuh dengan cara yang sangat ganas apabila badannya penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan dekat bahagian kemaluan."
"Bukan itu sahaja, ada kecederaan di bahagian perut, tangan, muka dan kakinya dikepak jadi 90 darjah."
"aling tidak boleh diterima sekali, 150ml air mani ditemui dalam tubuh dan beratus-ratus kesan gigitan manusia."
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa seorang lelaki hanya boleh hasilkan 10ml air mani per ejakulasi.
"Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya tiga orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.
"Kes-kes sebegini seperti sudah tidak dapat dibendung lagi oleh kerana sistem korupsi di India malah turut dipaparkan dalam filem popular yang diadaptasi dari kisah benar, Gangubai Kathiawadi dibintangi oleh Alia Bhatt. Antara petikan ayat yang sangat mendalam dalam filem ini adalah…“Ikat kedua-dua kaki wanita itu dengan ketat, kerana lelaki tidak boleh dipercayai meskipun dengan mayat..”
Dr Say turut memberi pesanan kepada semua terutama kaum wanita yang berhasrat mahu melancong ke India terutama di kawasan pedalaman agar lebih berhati-hati.
Sumber : Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak teringin nak gi sana apa je ada baik pergi pakistan lagi cantik bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ko/gomen tak nak fikir pulak....depa ni dh ramai mai Msia...nak...nunggu terhantuk...baru terngadah...ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-8-2024 01:42 AM
Yg ko/gomen tak nak fikir pulak....depa ni dh ramai mai Msia...nak...nunggu terhantuk...baru terngad ...
Tu la pasai...kt sini mcm berkumpul segala dr yindia...yindon...aprica....myanmar lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Atee.....nuart dh pimpin tgn dgn modi....acaner tuu...ada xde kena gi sana le jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Kat astro dulu ada rancangan Crime Patrol, kalau x silap adaptasi dari kisah2 benar kes jenayah kat India. Menakutkan kebanyakan kes babitkan kes rogol + bunuh. Mangsa dari budak2 sampai yg tua pun ada jugak. Sampai terfikir2 pulak aku apa yg jantan2 kat india tu telan hari2 sampai nafsu x terbendung |
|
|
|
|
|
|
|
Org da nasihat x nak dgr. Ha sapa2 yg pg India tu pegi lah. Tp sblm pegi tulis wasiat siap2. |
|
|
|
|
|
|
|
kwn ofis lelaki meols kata dia as lelaki salahkan kari. dia siap pesan meols jgn gatal nak g sana. even g secara berkumpulan pun bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr ini perlu cerita ka hasil autopsy heshe... Aku rasa annoyed apabila terlalu detail mangsa mati sebab overkill... |
|
|
|
|
|
|
|
budaya masyarakat sana x menghormati wanita |
|
|
|
|
|
|
|
asal die ni suka naw content2 cenggini
|
|
|
|
|
|
|
|
jul last year ada ke sana..pergi kashmir dan trekking di kashmir great lakes selama 7 hari. alhamdulillah sepanjang pendakian duduk dlm hutan tanpa line telefon, semuanya ok. selesai pendakian, kami berjalan di srinagar-ladakh. pergi panggong lake tempat shooting filem 3 idiots dan singgah di satu tempat shooting filem shah rukh khan jgk
alhamdulillah semuanya ok. mmg seeloknya ke sini guna orang yg kita kenal. orang india yg pernah belajar di Malaysia. dia la yg jd agent kami. mmg dia jaga kami baikkkk punya |
|
|
|
|
|
|
|
i pg delhi hujung tahun 90an tu lah sekali, dpt pi tgk taj mahal....tp pg dgn group la...tour guide dah pesan siap2 jgn minum air sembarangan waima air pipe kat hotel eventho kat situ tulis water safe for consumption... kena minum air mineral from sealed bottle ja selamat, tp nak jadi cerita la on the last day of tour we all makan lunch kat satu resto ni, ntah camana most ppl kena diarhea....omg...such a disaster tp sib baik dah nak balik...but overall dlm byk2 tpt I pernah travel ke yindia mmg I takkan pegi lagi and tak rekomen ka sapa2 pun to go...
bayangkan dari tingkap bas u boleh nampak mamat2 kencing kat pokok tepi jalan selamba je, and the setinggan boleh pacak kemah kat taman tgh2 bandar ahd their excretion duduk buang sepah2 cam tu.... ya allah...yg ok skit masa kat area taj mahal la, but still roadworks tak elok and berabuk2...never again.... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tabligh keluar 4 bulan mesti India. |
|
|
|
|
|
|
|
india - syurga utk lelaki makan kari
neraka utk wanita & isteri
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 22-8-2024 07:56 AM
kwn ofis lelaki meols kata dia as lelaki salahkan kari. dia siap pesan meols jgn gatal nak g sana. e ...
Dianya kaum apa tu uols..geng kari juga ke |
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido replied at 22-8-2024 12:05 AM
Tak teringin nak gi sana apa je ada baik pergi pakistan lagi cantik bersih
Dedua pun tak terasa nk pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada keperluan untuk ke negara luar jika tiada sebarang urusan penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 22-8-2024 05:04 PM
Off topik sikit
Dulu ada tengok kat channel singapore. Lupa saluran apa tah. Cerita tentang kari, kari kat India ada beratus2 jenis menu kari.. padan lah boleh makan tiap hari |
|
|
|
|
|
|
| |
|