NORHAYATI
SUKAU: Peruntukan sebanyak RM470 juta bagi pembangunan modal insan yang dinyatakan semalam oleh Ketua Menteri Sabah bagi tahun ini jelas membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendengar denyut nadi rakyat.
Ketua Penyelaras Wanita GRS Parlimen Kinabatangan, Dayang Norhayati Datuk OKK Titing berkata kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah memberikan bantuan kepada pelajar yang sedang dan akan melanjutkan pengajian.
“Bagi penduduk Sabah khususnya di kawasan Kinabatangan Sukau ini, kami melihat usaha kerajaan ini sangat murni dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.
“Bantuan one-off mahasiswa, pinjaman Yayasan Sabah dan Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi membantu membiayai pendidikan anak Sabah juga bukti kerajaan negeri berjiwa rakyat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Sukau berharap, semua pelajar yang menerima sumbangan, bantuan dan pinjaman dapat menggunakan peluang untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Hargai peluang yang diberikan, jaga hubungan dengan Allah SWT serta berazam bantu ahli keluarga dan memberi sumbangan kepada negara satu hari nanti,” katanya.
|