CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36255|Reply: 0

[Sabah] Pimpinan WARISAN dan PH Sabah dimohan sertai GRS

[Copy link]
Post time 26-8-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Para pemimpin LDP merakamkan gambar kenangan selepas majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah diminta untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Timbalan Bendahari Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Vincent Chin Kiang Ming berkata, Sabah tidak memerlukan lebih ramai 'wira' politik.

"Kita harus mencontohi Sarawak yang mempunyai kesatuan dalam kalangan parti tempatan.

"Dengan adanya penyatuan seumpamanya, kita mampu memperolehi kuasa yang lebih besar untuk berbincang dengan kerajaan Persekutuan," katanya pada Persidangan dan Pemilihan Bersama LDP Bahagian Tanjung Aru, Petagas, Kapayan, Moyog dan Pantai Manis baru-baru ini.

Beliau berkata, Malaysia telah melalui banyak perubahan kerajaan sejak 61 tahun lepas. Negara ini pernah ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), PH, Perikatan Nasional (PN) dan kini kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau kesal bahawa hak Sabah sering diabaikan dan kekal sebagai isu yang tidak dapat diselesaikan sejak pembentukan Malaysia walaupun terdapat beberapa perubahan dalam kerajaan dan Perdana Menteri.

“Hak dan 40 peratus hasil bersih yang perlu dibayar kepada Sabah masih belum direalisasikan walaupun ia telah ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

"Sebaliknya, Sarawak jauh lebih berkesan dalam usaha merundingkan haknya dengan kerajaan Persekutuan kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat sokongan padu daripada rakyat," katanya.

Justeru, beliau menggesa WARISAN bersama pemimpin PH Sabah menyertai GRS bagi membentuk parti berasaskan tempatan.

“Jika rakyat Sarawak boleh melakukannya, rakyat Sabah juga boleh melakukannya,” katanya.

Katanya, jika perkara itu boleh direalisasikan negara akan ditadbir oleh tiga pakatan politik utama iaitu PH di Semenanjung Malaysia, GPS di Sarawak dan GRS di Sabah.

“Ini akan menjadi manifestasi sebenar konsep Malaysia, sebuah persekutuan yang dibentuk oleh tiga wilayah," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden LDP merangkap Pengerusi LDP Kapayan, David Ong menggesa ahli parti itu untuk bersatu dan fokus untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau turut menyeru rakyat Sabah menyokong parti tempatan, khususnya calon GRS dalam usaha menjaga hak Sabah dan memastikan suara rakyat Sabah cukup lantang didengari oleh kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi LDP merangkap Pengerusi LDP Moyog, Yii Ming Seng menggesa kerajaan Persekutuan untuk bertindak adil kepada semua kaum dalam negara ini.

Beliau menegaskan cadangan untuk 20 peratus tanah diserahkan semula kepada kerajaan dan diuruskan oleh Perbadanan Tanah Bumiputera selepas pembaharuan pajakan jika saiz pajakan melebihi 50 ekar untuk tanah pertanian atau 20 ekar untuk kegunaan industri adalah amat tidak adil.

“Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula cadangan itu dan melayan semua syarikat dan kumpulan etnik secara adil," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi LDP merangkap Pengerusi Bahagian LDP Petagas, Jin Tze Vun berkata, parti itu telah ditubuhkan selama 35 tahun dan bukan mudah untuk mengekalkan sesebuah organisasi politik.

Beliau berterima kasih kepada Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin kerana memimpin parti itu menghadapi tempoh masa yang sukar dan mencabar  berikutan kekalahan LDP dalam pilihan raya sebelum ini.

"Beliau tidak pernah berundur untuk bersuara untuk rakyat dan parti. Beliau sering berkongsi ideologi politiknya dan bersedia menerima idea generasi muda," katanya

Jin menggesa ahli parti yang lebih muda agar melangkah ke hadapan untuk berkhidmat kepada rakyat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.102236 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list