View: 43416|Reply: 20
|
[Jenayah]
Sempena Bulan Kemerdekaan, Memperkenalkan Piza Rasa Nasi Kerabu!
[Copy link]
|
|
Berbaki beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan menyertai pelbagai sambutan bertemakan kemerdekaan.
Pada masa saya yang sama, banyak premis perniagaan yang turut mengambil peluang untuk melakukan promosi bersempena dengan Hari Kemerdekaan.
Antara premis perniagaan yang turut mengambil peluang tersebut adalah Mokky’s Pizza & Coffee yang terkenal dengan piza ala-ala New York mereka.
Mokky’s Perkenal Menu Baru Dengan Rasa Kerabu & Tempeh
Mesti anda tertanya-tanya, menu apa yang ditonjolkan oleh Mokky’s bersempena dengan Hari Kebangsaan di Malaysia?
Memperkenalkan, dua hidangan inovatif yang meraikan warisan kulinari Malaysia dengan sentuhan kontemporari iaitu The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks.
The Kerabu Pizza
Unik sungguh menu baharu ‘The Kerabu Pizza’ dari Mokky’s ini kerana mereka menggabungkan rasa tradisional Nasi Kerabu dengan gaya moden.
Bagi anda yang terfikir, bagaimana Nasi Kerabu ditranformasikan menjadi ‘The Kerabu Pizza’, jom kami rungkaikan bahan-bahan mereka.
Doh berwarna biru: Diilhamkan oleh Nasi Kerabu di mana warna biru pada piza diinfuskan dengan bunga telang bagi menghasilkan warna biru yang menarik dan lembut.
Asas Ayam Bakar Percik: Piza ini tidak menggunakan sos tomato, sebaliknya ia menggantikannya dengan ayam panggang yang diperap dengan campuran rempah serta santan.
Topping: Kubis putih, kacang botol, bunga kantan, kacang panjang dan kelapa parut.
The Kerabu Pizza ini hanya tersedia dalam saiz 12 inci sahaja dan ia dijual dengan harga RM33.
Tempeh Melt Sticks
Menu kedua yang diperkenalkan adalah Tempeh Melt Sticks yang dicipta dengan menggunakan bahan yang digemari dalam masakan Malaysia.
Gabungan tempeh dan mozzarella sticks itu menunjukkan bagaimana Mokky’s cuba untuk membudayakan makanan tempatan kita dalam hidangan Barat tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The Kerabu Pizza
Gigitan pertama piza berperisa kerabu ini sememangnya akan membuatkan anda terus teringat kepada Nasi Kerabu..
Gabungan kesemua bahan termasuklah rasa sos ayam bakar percik pada piza ini sungguh sempurna
Kalau anda lihat dengan lebih terperinci, doh piza ini juga berwarna biru bagi menyamai warna nasi kerabu.
Salah seorang team yang dikenali sebagai seseorang yang agak cerewet dalam memilih makanan juga ‘approve’ menu ini.
Rate: 9/10 (Boleh repeat lagi)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tempeh Melt Sticks
Untuk anda yang mahu mencari makan ‘kudap-kudap’, menu Tempeh Melt Sticks ini antara hidangan yang sesuai kerana saiz makanan tersebut yang agak besar. Kalau makan dua atau tiga ketul, confirm perut anda akan mula berasa kekenyangan.
Apa yang menjadikan menu ini lebih sedap dan menonjol adalah dengan adanya Sos Celup Bawang Karamel Pedas.
Bila anda cicah Tempeh Melt Sticks ini dengan sos tersebut, rasanya cukup ‘upmh!’.
Salah satu ‘first impression’ team kami adalah ia mengingatkan mereka dengan menu ‘corn dog’ tetapi dalam versi tempeh
Tapi bagi kami, ia lebih enak jika dimakan betul-betul selepas digoreng dalam keadaan panas kerana ia akan membuatkan keju di dalam tempeh itu mencair. Confirm akan makan tak berhenti.
Rate: 8/10
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pizza tu patut kena kaler biru juga baru ngam |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak beri makan babi ja kan... babi bagi 10/10 oink
|
|
|
|
|
|
|
|
Pizza tu xde letak budu ke? Kerabu mesti ada budu kanzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 27-8-2024 02:05 PM
Nak beri makan babi ja kan... babi bagi 10/10 oink
Chuols bad mood ke sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan pizza letak nenas pon bikin orang itali mengamok
yang ni tak tau la |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ada kelainan
kalau ada pizza petai mungkin aku nak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 27-8-2024 09:54 PM
sedangkan pizza letak nenas pon bikin orang itali mengamok
yang ni tak tau la
Elehh kecoh setakat pizza.pasta mcm bolognese tu dari segi authentic betul sgt ke org sini buat? italian letak mozzarella itu pun sikit je.kt sini dah xde rupa pasta. banjir mak nenek cheese leleh,sos.aku bukan italian pun x kowser nak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 28-8-2024 10:30 AM
Elehh kecoh setakat pizza.pasta mcm bolognese tu dari segi authentic betul sgt ke org sini buat? i ...
Oooooo..
Ok |
|
|
|
|
|
|
|
spoil utk kedua-dua makanan...but good marketing |
|
|
|
|
|
|
|
Tak membangkitkan selera pun
Next... |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 27-8-2024 09:54 PM
sedangkan pizza letak nenas pon bikin orang itali mengamok
yang ni tak tau la
Tapi bila makan pizza ada nenas ni rasa tak boleh nak habaq, mmg aummm sgt. Kena dgn tekak iols.
|
|
|
|
|
|
|
|
As a kelantanese, I have to say this is ranks among the most fucking stupid thing ever |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 31-8-2024 07:46 AM
As a kelantanese, I have to say this is ranks among the most fucking stupid thing ever
As non Kelantanese, aiol disagree. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi kerabu ni yang diorang taruk nila tu kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|