CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23401|Reply: 47

Saintis dakwa selesaikan misteri MH370

[Copy link]
Post time 27-8-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode





SYDNEY  – Seorang saintis mendakwa bahawa beliau akhirnya berjaya menyelesaikan misteri tentang apa yang berlaku kepada penerbangan Malaysian Airlines MH370, lapor portal berita MailOnline hari ini.


Penyelidik Universiti Tasmania, Vincent Lynne berkata, beliau juga telah mengenal pasti  ‘lokasi  persembunyian yang sempurna’ di mana pesawat itu terhempas.


Katanya, isyarat yang diterima daripada Boeing 777  yang hilang di Lautan Hindi itu membantu mewujudkan corak penerbangannya sebelum MH370 disahkan hilang pada Mac 2014.


Lynne berhujah dalam artikel yang dijadual diterbitkan oleh Journal of Navigation bahawa isyarat itu dan kajian semula terhadap serpihan pesawat menyokong hipotesis bahawa MH370 berada  dalam kawalan semasa ‘terhempas ke bahagian timur’.


Beliau menyimpulkan bahawa juruterbang MH370 membuat keputusan yang dirancang untuk menghempaskan pesawat bersama 239 orang di dalamnya.


Teori serupa  sebelum ini diketengahkan oleh seorang juruterbang Britain, Simon Hardy.


Namun, Lynne  mencabar teori terdahulu  bahawa pesawat itu jatuh ke dalam laut pada  kelajuan tinggi  selepas MH370 menyimpang dari laluan Kuala Lumpur-Beijing atas sebab yang tidak diketahui.


“Ini mengubah naratif bahawa kehilangan MH370 adalah akibat kehabisan bahan api dan tidak direncanakan, jatuh dengan kelajuan tinggi  kepada insiden terancang oleh  juruterbang yang melakukan ‘kehilangan menakjubkan’ di selatan Lautan Hindi,” jelas Lynne dalam artikel LinkedIn yang menguar-uarkan penerbitan terbarunya.


Beliau kemudian berhujah bahawa kerosakan pada sayap, kepak dan flaperon pesawat itu adalah seperti yang dialami sebuah pesawat komersial milik US Airways, ketika juruterbang, Kapten Chesley Sullenberger terlibat dalam ‘pendaratan terkawal’ di Sungai Hudson dekat Manhattan, pada Januari 2009.


Beliau juga berhujah bahawa penyelidikannya menyediakan lokasi yang jelas di mana pesawat itu mungkin terhempas.


Menurutnya, lokasi tersebut adalah koordinat yang dicatatkan dalam alat simulator penerbangan yang ditemui Biro Siasatan Persekutuan sebelum ini  tetapi dianggap sebagai ‘tidak relevan’.


Lynne menggesa pencarian dilakukan pada masa depan dengan memberi tumpuan kepada koordinat tersebut di selatan Lautan Hindi.


“Lokasi ikonik yang telah direncanakan itu mempunyai lubang yang sangat dalam, 6,000 meter di hujung timur Broken Ridge dalam persekitaran laut yang berbahaya dan terkenal dengan ikan-ikan liar dan spesies air dalam yang baharu.


“Dengan sisi curam yang sempit, dikelilingi oleh rabung besar dan lubang dalam yang lain, ia dipenuhi dengan mendapan halus iaitu tempat ‘bersembunyi’ (MH370) yang sempurna,” tulisnya. – AGENSI




Sumber : KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols smpai skrg merasakan mh370 ni x terhempas pun. Tapi ada konspirasi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix: Iols smpai skrg merasakan mh37 ...

Yaa sama la..aku fkir mcm tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:14 PM | Show all posts
Lynne berhujah dalam artikel yang dijadual diterbitkan oleh Journal of Navigation bahawa isyarat itu dan kajian semula terhadap serpihan pesawat menyokong hipotesis bahawa MH370 berada  dalam kawalan semasa ‘terhempas ke bahagian timur’.


gitu nk attract org

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:14 PM | Show all posts
Edited by KamikuP at 27-8-2024 06:15 AM

Cer cek fb AFN diego garcia, muka2 kat sana mirip mangsa yg hilang .. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:17 PM | Show all posts
iluminati freemason kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2024 02:24 PM | Show all posts
Gtau je laaaa kat mana..meluat dengar teori
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:43 PM | Show all posts
jib.... ooooo jib.....

mana ko sembunyi mh370 jib....

-ratip sorang forumer dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau kalau hilang sbb dorg buat eksperimen quantum entanglement
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:48 PM | Show all posts
KamikuP replied at 27-8-2024 06:14 AM
Cer cek fb AFN diego garcia, muka2 kat sana mirip mangsa yg hilang .. huhuhu

Kalau AFN Diego Garcia tu takat satu dua muka sama takpe. Ni mcm ramailah dlm MH370 tu muka sama kat Diego Garcia tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 27-8-2024 06:48 AM
Kalau AFN Diego Garcia tu takat satu dua muka sama takpe. Ni mcm ramailah dlm MH370 tu muka sama k ...

Klon kowt.

Hu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol pula percaya teori bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:24 PM | Show all posts
ingat lagi tak teori raykat malaysia kununnya najib sengaja sembunyi/tembak MH370 untuk tutup isu anwar masuk penjara pada 7 mac 2014

pagi 8 mac mh370 hilang

tapi banyak2 teori, bangkem paling percaya teori MH370 kena hijack
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 27-8-2024 02:48 PM
Kalau AFN Diego Garcia tu takat satu dua muka sama takpe. Ni mcm ramailah dlm MH370 tu muka sama k ...

kan! dah la dulu masa hilang tu ada sorang penumpang yg post kat online blog/forum yg dia kena kurung kat suatu tempat. phone dia sorok dlm seluar masa kena hijack. dlm beberapa hari lepas penumpang diasingkan ke tempat kurungan berlainan baru org tu boleh post. pembaca post cek exif data gambar yg dia hantar (gambar gelap tak nampak ape pon) location di diego garcia. takat serpihan tu bukannya susah pon dorang nak pecah kan dr pesawat pastu campak je kat laut konon dah terhempas
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:03 PM | Show all posts
iols pon percaya konspirasi
tetambah lepas tgk cerita lost
hahahah silap2 mmg dihijack pastu bawak ke satu tmpt
utk apa tiada siapa yang tahuu

gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:04 PM | Show all posts
iolls believe ini adalah conspiracy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul konspirasi, so penumpang2 masih hidup lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 27-8-2024 12:43 PM
Iols smpai skrg merasakan mh370 ni x terhempas pun. Tapi ada konspirasi..

Aii baru layan lost kat netflix..masa tgk drama series ni, mmg teringat kat mh370 ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mana la tau...dunia nk hancur depa pon...MUNCUL..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 05:43 PM | Show all posts
wirazam replied at 27-8-2024 05:17 PM
Aii baru layan lost kat netflix..masa tgk drama series ni, mmg teringat kat mh370 ni

so chuols rasa deyols semua dah kat alam lain ke mcm ending lost tu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.064361 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list