CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12945|Reply: 0

[Sarawak] Sindiket pengedaran dadah terbesar tumpas

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Sejumlah 105.02kg syabu bernilai lebih RM3 juta dirampas hasil serbuan di dua rumah di Miri, Sabtu lalu





Mancha (dua kanan) bersama (dari kiri) Tan, Mustafa dan Alexson pada sidang media semalam menunjukkan dadah jenis syabu berkualiti tinggi yang dirampas dari dua rumah di Bandar Baru Permyjaya Sabtu lalu.

Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak tahun ini dengan merampas sejumlah 105.02 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai lebih RM3 juta hasil serbuan di dua rumah di Miri, Sabtu lalu.

Dalam serbuan tersebut, polis turut memberkas empat individu termasuk seorang wanita warga asing berusia antara 26 hingga 52 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, berdasarkan maklumat risikan, kira-kira jam 1.15 hingga 1.40 petang 24 Ogos lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak telah melancarkan operasi khas di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Permyjaya.

Dalam serbuan di rumah pertama, polis telah menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan berusia 32, 36 dan 52 tahun serta seorang wanita warga asing berusia 26 tahun dan merampas satu peket dadah jenis syabu.

Tangkapan ke atas empat suspek terbabit telah membawa polis ke sebuah lagi rumah di kawasan sama dan merampas 100 peket dadah jenis syabu.

"Siasatan awal yang dilakukan mendapati keempat-empat suspek terbabit positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine manakala dua suspek lelaki berusia 32 dan 36 tahun ada mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya sambil memberitahu bahawa nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM3,360,640.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini, petang tadi.

Hadir sama ialah Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan pegawai penyiasat kes Inspektor Tan Soon Teck.

Pada sidang media tersebut Mancha memberitahu, rampasan kes ini merupakan yang terbesar direkodkan di Sarawak tahun ini dan ia juga merupakan kes kedua terbesar direkodkan di Miri sejak 10 tahun lalu dengan kes pertama pada 2014 di Lapangan Terbang Miri.

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah dengan membawa masuk dadah tersebut ke sini dari Semenanjung Malaysia melalui jalan laut.

"Suspek menggunakan rumah kediaman sebagai tempat penyimpanan dadah dan akan menyerahkan dadah kepada pembeli berdasarkan arahan ketuanya.

"Suspek akan menerima upah antara RM3,500 hingga RM12,000 sebulan," katanya sambil menjelaskan bahawa dadah yang dirampas itu boleh digunakan untuk sehingga 525,100 penagih.

Ketika menjawab soalan yang diajukan Mancha berkata, Miri merupakan satu daerah yang digunakan sebagai transit untuk sebarang aktiviti pengedaran dadah di Sarawak dan dadah yang dirampas itu adalah untuk edaran di sekitar negeri ini.

Dalam pada itu menurut beliau, keempat-empat suspek terbabit kini direman tujuh hari sehingga 1 September depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan yang tidak kurang daripada 12 kali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052180 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list