View: 24205|Reply: 88
|
Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) di tahap 94 peratus, siap sepenuhnya 2026
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) kini sudah berada di tahap 94 peratus dan di landasan tepat untuk siap sepenuhnya menjelang tahun kewangan 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Bhd (WCEHB), Lyndon Alfred Felix berkata, fokus strategik kumpulan ketika ini juga adalah bagi menyiapkan sepenuhnya WCE dalam tempoh dua tahun akan datang.
Beliau berkata, kumpulan turut optimis bahawa pembukaan Seksyen 1 dan 2 akan datang bakal menyumbang kepada pertumbuhan trafiknya.
WCE, katanya akan berfungsi sebagai laluan alternatif penting untuk mengurangkan kesesakan di jalan sedia ada dan juga merupakan penghubung utama ke lebuh raya lain seperti SKVE, KESAS, Lebuhraya Persekutuan, Grand Shapadu, NKVE, LATAR, dan PLUS.
"WCE adalah pemangkin penting untuk merangsang pembangunan ekonomi di sepanjang kawasan pesisir pantai Selangor dan Perak.
"Ia memudahkan perdagangan, merancakkan pelancongan tempatan dan menggalakkan pertumbuhan industri yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat di sepanjang koridor pesisir pantai barat.
"Di samping itu, lokasinya yang hampir dengan pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang serta kawasan tumpuan lain menjadikannya lebih sesuai untuk kenderaan komersial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
WCEHB berkata, ketika ini, enam daripada 11 seksyen WCE telah dibuka untuk trafik dan kutipan tol telah dimulakan.
Seksyen-seksyen itu katanya adalah Seksyen 5 (New North Klang Straits Bypass (NNKSB) - Bandar Bukit Raja Utara); Seksyen 6 (Bandar Bukit Raja Utara - Assam Jawa); Seksyen 8 (Hutan Melintang - Teluk Intan); Seksyen 9 (Kampung Lekir - Changkat Cermin); Seksyen 10 (Changkat Cermin - Beruas) dan Seksyen 11 (Beruas - Taiping Selatan).
Sepanjang 2024 katanya, dua seksyen tambahan telah dibuka, iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 11 masing-masing pada November 2023 dan Mac 2024.
Katanya, pembukaan Seksyen 6 dan Seksyen 11 telah meningkatkan jumlah trafik harian WCE dengan ketara di mana purata trafik harian seksyen bagi suku pertama 2025 meningkat sebanyak 115 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Seksyen 1 (Banting - Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)) katanya dijadualkan untuk dibuka pada 30 Ogos 2024 dan Seksyen 2 (SKVE - Lebuhraya Shah Alam (KESAS)) disasarkan untuk dibuka pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
"enyempurnaan seksyen-seksyen itu juga akan menyediakan sambungan kepada lebuh raya sedia ada, iaitu SKVE dan KESAS.
"Dalam keputusan kewangan suku pertama baru-baru ini bagi tahun kewangan 2024, kumpulan melaporkan peningkatan yang signifikan sebanyak 93 peratus dalam hasil tol, meningkat dari RM13.5 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM26.1 juta.
"Kumpulan yakin bahawa hasil tol akan terus meningkat setelah dua seksyen tambahan dibuka untuk trafik," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalu mmg tak masuk tg karang, kuala sgor tu baguih juge
kalo kena lalu.. takde maknanye, t light punya la byk
dah la bump cam hanat.. sapa tah engineer jkr situ.. melambung2 keta
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz: ni kalu mmg tak masuk tg karan ...
Mmg tunggu yg dr latar tu siap. Baru berbaloi. Kalau x, hazab nak masuk tanjung karang. Konon jimat sejam, kat tanjung karang delay sejam |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 28-8-2024 08:53 AM
Mmg tunggu yg dr latar tu siap. Baru berbaloi. Kalau x, hazab nak masuk tanjung karang. Konon jima ...
Haaa setuju. Jam teruk kat jalan biasa. Patut depa cepatkan siap sambungan latar dan wce, sebab senang org dr KL nak guna. Itu laluan terpenting. SG paling stress dan rasa buang masa bila nak masuk wce ni. Jln biasa jam teruk sbb byk traffic light |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 28-8-2024 09:03 AM
Haaa setuju. Jam teruk kat jalan biasa. Patut depa cepatkan siap sambungan latar dan wce, sebab se ...
Peak hours lagi hazab kan. Musim padi menghijau pun lagi hazab sebab ramai ke sana |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 28-8-2024 09:09 AM
Peak hours lagi hazab kan. Musim padi menghijau pun lagi hazab sebab ramai ke sana
Ya betul sgt. Kalau masuk wce time balik raya, jam teruk time kat tanjung karang. SG oenah kena nearly 2 hours… masuk wce mmg berdesup lah |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya belah selangor ni memang masuk jalan biasa ye walaupun taraf highway?
i lalu hari tu..
jenuh traffic light..
pastu lalu sebelah rumah orang la kedai la..
highway apa gitu
belah dah habis traffic light rumah kedai segala baru best..
tenang je jalan kosong..
cuma tu la..
rnr pun celah mana..
mujur takde rasa nak terkucil masa lalu tu..
kalau sorang waktu malam gerun juga la rasa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg menyumpah lalu situ..mcm hanat |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya nak tunggu 100% siap 2026 nanti.
Dah guna WCE 2 kali. Yg first tu mmg bergegar otak masa lalu kat Bruas ke apa. Kali kedua awal tahun ni dah ok sikit highway kat situ dah siap.
Cuma buat masa sekarang tak tahan lalu area Kuala Selangor semak dgn traffic light. |
|
|
|
|
|
|
|
wce ni smua nerobang sakan. hritu ade acik maibi kuning,saing saing lewis hamilton dia tekan |
|
|
|
|
|
|
|
di tanah Borneo pula............. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 28-8-2024 11:44 AM
aku ada kawan yg hijab terbukak ni. die ni keje kt tnb manjung tapi rumah kt sri iskandar. satu hari tu die outstation kt lekir je tapi sampai malam la, dekat maghrib die baru nak balik, so die ikutla wce tu. masa ni wce free lg ye pastu last stop kt beruas. area tu malam2 memang gelap sbb mmg takde lampu pastu kiri kanan ladang kelapa sawit. nak dijadikan citer tgh dia drive tu, tetiba masuk asap putih berkepul-kepul dalam kereta dia sampai dia tak boleh nampak depan. Nasib baiklah jugak masa tu hiway tu takde kereta lain. dia pun stop pastu pelan-pelan dia bajet la dia park tepi. tapi nak keluar dia takut kotla kan kena langgar ke ape ke so dia duduk jelah dalam tu sampai asap putih tu hilang
tu yg paling dahsyat la. yg biasa2 pun ade jugak. drive sorang2 masuk wce pastu dengar suara orang sebut nama orang lain bukan nama dia dalam kereta tu. camtu jelah pastu
pastu wce pun masa mula2 bukak smpi ke taiping, dah ada kemalangan dahsyat. yg meninggalnya cikgu mrsm bagan datuk nak balik penang tak silap aku tapi melibatkan 3 kenderaan. tak tau la apa puncanya tp berhati2 la ye uols...
https://www.sinarharian.com.my/a ... iri-yang-kemalangan |
|
|
|
|
|
|
|
cepat la sambung kan dengan latar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
First time cuba masa gi Damai Laut hari tu. Bosannya ikut WCE ni. Lebih kurang macam LPT. PLUS north bound je tak bosan pada pendapat I |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 28-8-2024 08:49 AM
ni kalu mmg tak masuk tg karang, kuala sgor tu baguih juge
kalo kena lalu.. takde maknanye, t light ...
Yg laluan tg karang sampai sabak bernam tu pun iols gayat...org kg naik moto dok keluar masuk simpang suka suki hati...apa la bodo depa pegi buat jln tu lalu kampung org...kesian org kampung...atok2 tua nk merempit naik moto pegi mesjid pun sure anak cucu risau |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 28-8-2024 12:56 PM
Beruas.
Ini yg skve tu sambung terus ke Putrajaya ke...maknanya kalau dr Putrajaya boleh masuk skve sampai Banting..dr Banting blh terus ke K.Selangor sampai le ke utara? Betul ke gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Highway paling caprut. Bukan nak buat laluan bari tapi banyak gunakan laluan asal. Lalu pulak bandar dengan orang melintas dan nak uturn bagai. Rnr satu pun takde. Yang baru siap dari beruas ke taiping tu bergelombang jalannya. Kontraktor lain2, kualiti pun lain2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|