CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38405|Reply: 0

[Tempatan] Presiden KL City: Dua menteri dapat 'kad merah'

[Copy link]
Post time 28-8-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Presiden KL City: Dua menteri dapat 'kad merah'

https://www.malaysiakini.com/sukan/717319

Diterbitkan:  Aug 28, 2024 3:46 PM
Dikemaskini: 4:33 PM



Hasrat dua menteri kabinet bagi bertarung untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak kesampaian.

Ia susulan keputusan jemaah menteri yang memutuskan bahawa anggota pentadbiran tidak dibenarkan bertanding bagi merebut jawatan persatuan sukan.

“Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA,” kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di akaun X miliknya.

Minggu lalu, Menteri Komunkasi Fahmi Fadzil juga mengumumkan akan bertanding merebut jawatan itu.

Malah, dia turut menamakan pembantu politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim Azman Abidin sebagai rakan sepasukannya.

Dengan keputusan kabinet hari ini, Fahmi juga turut mengikuti jejak langkah yang sama dengan Nik Nazmi.

Pada 23 Ogos lalu, bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin berkata ahli sukan enggan menerajui persatuan-persatuan ini kerana bimbang mereka dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dana.

Sementara itu, mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata dia akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat serta menyokong KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional.

Menurut Nik Nazmi, pada masa sama dia akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers, antara kelab gabungan KLFA, yang diasaskannya pada 2018.

Kongres Pemilihan KLFA dijadual berlangsung pada 7 September ini bagaimanapun bergantung kepada keputusan SPRM ke atas persatuan itu.

Sementara itu Fahmi turut mengesahkan dia turut menarik diri daripada persaingan untuk menjadi presiden KLFA.

"Saya sama seperti Nik Nazmi umumkan, bahawa saya tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden KLFA. Berkuat kuasa serta-merta saya menarik diri sebagai calon Presiden KLFA," katanya.

Pada awal 2024, skuad KL City FC dilaporkan berdepan masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pemain dan kakitangan selama beberapa bulan.

KLFA sebelum ini diterajui bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad sejak 2019, bagaimanapun dia meletakkan jawatan pada Mac lalu dan kini jawatan itu dipangku Abdullah Sani Abdul Hamid.

KL City FC pada musim lalu menamatkan persaingan di tangga ketujuh kedudukan Liga Super, jatuh satu kedudukan berbanding musim sebelumnya.

Skuad The City Boys kini dikendalikan jurulatih dari Crotia, Miroslav Kuljanac kini berada di kedudukan ke-11 selepas mengharungi lapan perlawanan Liga Super 2024.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055873 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list