View: 29515|Reply: 3
|
[Tempatan]
Melarang Jadi Pakar Jerlus
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tanah jerlus yang berlaku di sekitar Masjid India, di sini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, spekulasi membabitkan kejadian itu tidak membantu dalam semua aspek.
"Semua pihak diharap tidak membuat spekulasi berhubung isu ini. Kita tahu setiap kali ada isu, pasti tiba-tiba muncul 'pakar'.
"Disebabkan ini (spekulasi) tidak membantu apa-apa, jadi biarlah pihak yang terbabit menjalankan siasatan.
"Sekarang ini, tumpuan kita adalah untuk mencari dan menyelamat mangsa dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa supaya fokus kepada operasi," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian tanah jerlus di sekitar Masji India, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.
Mengulas lanjut mengenai tahap keselamatan di sekitar lokasi kejadian, beliau memaklumkan kawasan itu adalah selamat.
"Buat masa sekarang, kawasan ini adalah selamat. Bagi tempat yang dilarang, jangan masuk dulu.
"Patuhi segala arahan daripada pihak berwajib khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah MN ni selalu buat ayat tajuk yang entah apa-apa.
Rosak bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 29-8-2024 03:53 AM
Kenapalah MN ni selalu buat ayat tajuk yang entah apa-apa.
Rosak bahasa
Tajuk cm nokHarom.
Tatabahasa kelaut.
Xsenonoh pnye keje.
Lg pelik mod bg kredit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|