CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11786|Reply: 1

[Tempatan] Tempoh perakuan sijil udara MAS dipotong kepada setahun

[Copy link]
Post time 29-8-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


aritu dah untung banyak kan.. ni dah nape pulak

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengurangkan tempoh pembaharuan sijil perakuan pengendali udara (AOC) Malaysia Airlines daripada tiga tahun kepada setahun sahaja.

Langkah itu susulan syarikat penerbangan nasional itu berdepan isu signifikan menyumbang kepada beberapa insiden teknikal pesawatnya, termasuk terpaksa berpatah balik.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata Malaysia Airlines juga diarahkan mengemukakan laporan bulanan terhadap status pelaksanaan pelan mitigasi.

“Untuk makluman, mana-mana syarikat penerbangan harus melalui audit sebelum AOC diperbaharui. Tempoh AOC yang lebih pendek akan mewajibkan audit yang lebih kerap.

“Hal ini bagi memastikan Malaysia Airlines mengambil tindakan-tindakan penambahbaikan sewajarnya sebagai mana
pelan mitigasi yang telah dikemukakan oleh CAAM,” katanya pada sidang media.

Minggu lalu, Malaysia Aviation Group (MAG) selaku syarikat induk Malaysia Airlines, mengakui gangguan penerbangan pada minggu 19 Ogos lalu, membabitkan perkhidmatan Malaysia Airlines, Firefly, dan Amal.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG Izham Ismail, berkata pihaknya merancang mengurangkan rangkaian penerbangan untuk sementara waktu bagi tempoh sekarang sehingga Disember ini.

Dilaporkan, Malaysia Airlines menghentikan laluan ke 13 destinasi penerbangan: Bangkok Suvarnabhumi, Denpasar, Ho Chi Minh City, Jakarta, Jeddah, Medan Kualanamu, Mumbai, Osaka Kansai, Seoul Incheon, Shanghai Pudong, Singapura, Tokyo Narita, dan Yangon.


Loke berkata, CAAM telah menjalankan siasatan mengejut ke atas Malaysia Airlines termasuk syarikat MAB Engineering Services (Mabes), yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan pesawat, pada 24 hingga 28 Jun 2024.

Berdasarkan dapatan siasatan tersebut, antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal pesawat Malaysia Airlines adalah kemungkinan disebabkan masalah komponen mekanikal dan kekurangan tenaga pekerja mahir diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat, katanya.

Beliau turut memaklumkan kekurangan tenaga mahir menjadikan Malaysia Airlines termasuk Mabes terjejas.

CAAM mendapati seramai 63 pekerja daripada 411 pekerja Mabes yang boleh memperakukan perihal selamat pesawat penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain, katanya.


Katanya, antara rancangan mitigasi Malaysia Airlines selepas ini adalah meningkatkan tahap keselamatan pesawat, melaksana program rekrut tenaga kerja mahir secara agresif, dan mengecilkan skop perkhidmatan, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih kepada pihak ketiga, justeru fokus ditumpukan kepada pesawat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Probation kot byk sgt kes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.163909 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list