View: 8071|Reply: 0
|
[Tempatan]
BERSATU anggap pendakwaan Muhyiddin bermotif politik
[Copy link]
|
|
Bersatu anggap pendakwaan Muhyiddin bermotif politik
https://www.malaysiakini.com/news/717381
Diterbitkan: Aug 29, 2024 8:30 AM⋅
Dikemaskini: 8:30 AM
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin, dan menyifatkan pendakwaan terhadap presiden mereka sebagai "bermotif politik, terpilih dan berniat jahat" terhadap gabungan PN dan kepimpinannya.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media susulan mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan oleh timbalan presiden Ahmad Faizal Azumu, semalam.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata MPT Bersatu sebulat suara memutuskan untuk bersama Muhyiddin dan menggesa ahli dan penyokong parti itu memberi solidariti.
“Bersatu mengecam sekeras-kerasnya sikap hipokrasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya lantang menentang Akta Hasutan 1948 dan berjanji untuk menghapuskan akta yang dikatakan undang-undang zalim atau 'draconian law' dalam manifesti PH sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15.
"Ironinya, setelah menjadi kerajaan mereka telah menggunakan Akta Hasutan 1948 berulang kali secara zalim untuk menekan dan menindas lawan politik,” tambahnya.
Dia berkata polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah bergegas untuk mendakwa Muhyiddin tanpa mengambil kira fakta kes, keterangan saksi dan dokumen yang diberikan.
Menurutnya, polis menyerahkan kertas siasatan kepada AGC pada hari yang sama polis merekodkan kenyataan Muhyiddin dan menerima dokumen sokongan daripada bekas perdana menteri itu.
Namun, tambahnya, Bersatu percaya badan kehakiman akan bertindak secara bebas dan adil.
“Bersatu percaya bahawa institusi kehakiman dalam negara akan bertindak secara bebas, adil dan bijaksana dalam menilai keseluruhan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948, termasuk peruntukan pengecualian bagi suatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan, atau benda lain untuk disifatkan sebagai menghasut.,” katanya. merujuk kepada Seksyen 3(2) Akta Hasutan.
Antara lain, Seksyen 3(2) menyatakan bahawa sesuatu ucapan tidak boleh disifatkan berbaur hasutan jika ia hanya mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan bahawa seseorang pemerintah telah terpedaya atau tersilap.
Muhyiddin sebelum ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1) akta itu pada Selasa, berhubung ucapannya beberapa minggu sebelum itu di Felda Perasu, Kelantan, pada 14 Ogos menjelang PRK Nenggiri.
Dalam ucapan berkenaan, Muhyiddin mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebelum ini tidak memanggilnya untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu walaupun mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain menafikan tuduhan siasatan terhadap Muhyiddin tergesa-gesa, mengatakan bahawa siasatan biasanya selesai dalam tempoh tujuh hari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|