CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2975|Reply: 0

[Sarawak] Gesa tangani segera kebocoran paip jejas bekalan air di Sibu

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode


LAU

SIBU: Timbalan Pengerusi DAP Sarawak merangkap Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, menggesa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) segera menangani kebocoran paip air yang mengakibatkan gangguan bekalan air kerap berlaku di Sibu.

Katanya, masalah ini telah menjejaskan kehidupan harian penduduk serta operasi perniagaan di kawasan terbabit.

Menurut Lau, paip air bawah tanah di Sibu yang sudah berusia beberapa dekad kini semakin uzur menjadi punca kerapnya berlaku kebocoran dan pecah.

Beliau turut menyatakan mendapan tanah menjadi punca utama masalah ini.

“Paip air bawah tanah di Sibu sudah lama dan masalah keuzuran ini semakin jelas.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kawasan mengalami kejadian paip pecah dan kebocoran secara berulang.

“Saya menerima aduan daripada orang ramai hampir setiap dua atau tiga hari mengenai gangguan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk insiden terbaru pada Ahad di mana paip utama berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce/Jalan Tunku Abdul Rahman pecah, menyebabkan penduduk terputus bekalan air selepas hampir 10 jam kerja-kerja pembaikan.

Katanya, paip tersebut sekali lagi pecah semalam menyebabkan gangguan berterusan.

Lau menegaskan bahawa gangguan bekalan air ini memberi kesan besar kepada keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas serta golongan yang sakit, di samping menjejaskan perniagaan terutama dalam industri makanan dan minuman.

Mengakui kerja menaik taraf infrastruktur memerlukan masa, Lau mendesak pihak berkuasa yang berkaitan menyediakan pelan kecemasan bagi mengurangkan kesan gangguan ini.

Beliau turut menekankan pentingnya penghantaran segera lori tangki air ke kawasan yang teruk terjejas semasa berlakunya gangguan bekalan.

“Berdasarkan aduan yang saya terima, lori tangki air kadang-kadang lambat tiba atau tidak muncul langsung,” tambah Lau.

Justeru Lau menggesa kerajaan GPS mengambil tanggungjawab penuh dalam menangani masalah bekalan air di Sibu dengan memperuntukkan dana yang mencukupi serta merancang penggantian sistem paip air bawah tanah yang sudah uzur.

“Menteri-menteri GPS kerap kali mengadakan lawatan belajar ke luar negara.

"Saya berharap mereka telah mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sibu dan membangunkan pelan pengurusan krisis yang berkesan,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Sarawak merancang semula sistem bekalan air di kawasan yang pesat membangun seperti Sibu Jaya, Ulu Sungai Merah dan Rantau Panjang Jaya bagi mengelakkan masalah kekurangan air disebabkan tekanan air rendah, seiring dengan pertambahan populasi.

Katanya, penduduk yang menghadapi masalah bekalan air digalakkan untuk melaporkan masalah tersebut kepada Lembaga Air Sibu melalui talian 013-8106311 atau menghantar mesej melalui Telegram.

Mereka juga boleh menghubungi pusat khidmat YB Lau di talian 084-336671 atau 010-3998211 untuk mendapatkan bantuan.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/08/27/lau-gesa-tangani-segera-kebocoran-paip-jejas-bekalan-air-di-sibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.510005 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list