CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3447|Reply: 0

[Sarawak] Pengguna lebuh raya kesal tiada papan tanda amaran selenggara jalan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dipercayai akibat jalan raya tidak rata berhampiran Vista Perdana, malam Selasa.

MIRI: Pengguna Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Vista Perdana kesal dengan tindakan kontraktor yang menyelenggara jalan tidak meletakkan papan tanda amaran hingga menyebabkan kemalangan.

Utusan Borneo dimaklumkan terdapat kerja-kerja mengorek jalan di kedua-dua hala lebuh raya berkenaan namun tiada satupun papan tanda pemberitahuan diletakkan di situ.

Beberapa pengguna jalan raya telah memuat naik video berdurasi 21 saat yang menyaksikan seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan akibat jalan tidak rata.

Menurut video berkenaan, penunggang motosikal dikatakan datang dari arah jambatan Institut Kemahiran Belia (IKBN) Miri menuju ke Vista Perdana, terjatuh selepas melalui jalan yang dikorek.

Mangsa kemudian terjatuh dan mengalami kecederaan pada anggota badan dan dibawa ke bahu jalan oleh beberapa orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian sama, seorang lagi lelaki dipercayai penjawat awam juga mengalami kecederaan apabila motosikal ditunggangnya terbabas ketika melalui lebuh raya yang sama.

Mangsa dari arah jambatan Pujut menuju ke Vista Perdana (berhampiran lampu isyarat) terbabas ketika membelok ke arah kiri tanpa menyedari jalan di hadapan telah dikorek.

Susulan dua kemalangan itu, pengguna jalan raya mempersoalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak kontraktor yang mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya.

Bahkan terdapat warganet berpendapat ketiadaan papan tanda amaran dan pemberitahuan antara punca kemalangan.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri digesa memantau projek penyelenggaraan jalan agar tidak membahayakan pengguna di lebuh raya berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.398210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list