CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39080|Reply: 3

[Politik] Hilang kepercayaan, Muafakat Nasional di Sabah terkubur

[Copy link]
Post time 29-8-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-8-2024 11:39 PM

Kota Kinabalu: Muafakat Nasional (MN) Sabah yang dibentuk sejak dua tahun lalu dibubarkan hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong, berkata beliau bersama 30 ahli jawatan kuasa (AJK) protem MN negeri meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap layanan MN Pusat, termasuk kecewa terhadap layanan Annuar yang didakwanya tidak adil.
"Hari ini saya meletak jawatan dan membubarkan protem MN Sabah kerana beberapa sebab yang kami tidak boleh terima.

"Kami sudah menilai dengan panjang lebar tindakan MN pusat pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang membelakangkan dan tidak menghormati langsung seolah-olah MN Sabah tidak wujud," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui semua AJK MN Sabah pada mesyuarat terakhir mereka semalam.

Difahamkan, keputusan itu dibuat menjelang kehadiran Annuar ke Sabah yang dijadual menghadiri Konvensyen PAS Sabah pada Sabtu ini.

Jismit berkata, beliau juga terkilan apabila MN Sabah tidak dimaklumkan berhubung pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi MN dari Sabah sedangkan MN Pusat sebelum ini sudah memberi mandat autonomi kepada MN Sabah.

"Pelantikan ini bercanggah dengan prinsip dan konsep MN yang mana perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran MN Sabah, perlu dibincangkan bersama.

"Atas sebab itu kami hilang kepercayaan terhadap MN, kepemimpinan AJK MN Pusat dan kepemimpinan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MN Pusat," katanya.
Katanya, ketika ini MN Sabah dianggotai kira-kira 30,000 ahli, menggambarkan kehadirannya di negeri ini semakin diterima rakyat.

Bagaimanapun, katanya layanan tidak adil MN Pusat terhadap MN Sabah membuatkan mereka kecewa dan mengambil keputusan menamatkan riwayat badan bukan kerajaan (NGO) itu di negeri ini.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak joinT perikanan nasional lettew
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut aku pitih aku - nuarmuso
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapat LV ke tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.079152 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list