View: 53240|Reply: 37
|
[Jenayah]
Menyambut Hari Kemerdekaan Negara, Pergi Ke Dataran Putrajaya!
[Copy link]
|
|
Tanggal 31 Ogos adalah detik penuh bersejarah buat rakyat Malaysia kerana pada ketika itulah negara menyambut Hari Kemerdekaan negara.
Tahun ini Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan bertemakan "Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka".
Antara tarikan pada tahun ini adalah penampilan 17,262 peserta dari 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan.
Sebagai anak Malaysia, sudah tentu ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk melihat acara tahunan ini selain menzahirkan rasa cinta terhadap negara.
Tidak dinafikan, lautan manusia semestinya akan membanjiri perkarangan Putrajaya susulan ramai yang keluar pada satu masa.
Tidak terlepas juga, puluhan ribu kenderaan akan keluar pada satu masa sekaligus dan secara tidak langsung menyumbang kepada punca kesesakan.
Bagi mengurangkan kesesakan pada hari tersebut, hari ini akan berkongsikan perkhidmatan Shuttle Bus percuma yang ditawarkan semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024 nanti.
Menurut Merdeka360, terdapat tiga laluan yang bakal digunakan oleh perkhidmatan ini di oleh penduduk Putrajaya, iaitu, Laluan MS01, Laluan MS02 dan Laluan MS03 yang bermula seawal 30 Ogos pada jam 6 petang.
Laluan/lokasi pengambilan & turun
Bagi Laluan MS01, akan bermula dari jam 6.00 petang pada 30 Ogos 2024 sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Orang ramai boleh menunggu bas dan turun di dua perhentian Lobi MRT Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Jalan Tun Razak Presint 2.
Manakala Laluan MS02 akan bermula dari jam 4.00 pagi sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Pengunjung boleh menunggu bas dan turun di dua stesen perhentian iaitu Level Mezzanine, Lobi Utama Putrajaya International Convention Centre (PICC) Presint 5 dan Jalan P4X Presint 4.
Laluan terakhir iaitu Laluan MS03 akan bermula dari jam 4.00 pagi sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Orang ramai boleh menunggu bas dan turun di dua perhentian iaitu Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) Presint 1 dan i-Centre Dataran Putra, Presint 1.
Untuk maklumat, kekerapan bas adalah setiap 15 minit.
Jalan-Jalan Yang Ditutup
Menurut Bernama, sebanyak 10 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup bermula dari 7 petang sehingga sambutan selesai.
Laluan tersebut termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).
Sehubungan itu, orang ramai diminta merancang perjalanan dengan berhati-hati selain mematuhi papan tanda keselamatan agar trafik lancar dan selamat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sanggup bermalam di Dataran Putrajaya demi sambut merdeka
Ramai sanggup bermalam di Dataran Putrajaya demi sambut merdeka
Oleh KOSMO!
30 Ogos 2024, 2:26 pm
Suasana orang ramai berkampung sekitar Dataran Putrajaya bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-66 tahun lalu.
PETALING JAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya esok merupakan antara acara sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Tinjauan Kosmo! di ruang hantaran pengguna media sosial mendapati, ramai yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bermalam dan berkampung di sekitar lokasi acara bagi memeriahkan ambang malam kemerdekaan hari ini.
Kata seorang pengguna Facebook, AZ Jonny, aktiviti bermalam di sekitar Dataran Putrajaya pastinya akan memberi pengalaman paling manis kepada mereka yang terlibat.
“Nak tahu semangat merdeka anda, jom turun bermalam di Dataran Putrajaya. Ajak suami, bini, anak-anak, kawan-kawan ikut sama. Kita rapatkan hubungan antara satu sama lain. Pasti akan jumpa kawan baru malam ini,” katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, sebanyak 400 tapak perkhemahan dibuka kepada orang awam yang ingin bermalam sehari sebelum acara sambutan dan perarakan.
Katanya, lokasi tapak perkhemahan terletak di Taman Pancarona, belakang Istana Kehakiman dengan caj sewaan bermula serendah RM20 sehingga RM55.
Sementara itu, semakan Kosmo! di aplikasi TikTok, beberapa pengguna berkongsi tip kepada orang ramai yang ingin bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.
“Datang awal kalau nak tempat yang selesa dan strategik untuk nampak petunjukkan. Tahun lepas pukul 12 tengah malam dah penuh. Tahun ini boleh rancang lebih awal.
“Sediakan payung atau baju hujan elak panas terik dan hujan. Bawa air dan makanan secukupnya. Untuk keselesaan boleh sediakan juga kipas tangan.
“Tidak digalakkan bawa anak kecil, bayi sebab ruang tak kondusif untuk mereka,” pesan Atiqah. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Saiya misti mau pigi 10 taun sini negara apa pon tada..mau apa buat semua vole..misti la saiya Merdeka"-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Antara putrajaya dgn dataran merdeka, i lagi suka pergi dataran merdeka sbb public transport senang naik train je. Lps abes tgk perarakan blh sambung jalan kaki ronda2 kl. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah start book tempat malam ni. Kalau pagi esok baru nak pergi tak nampak apa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace replied at 30-8-2024 06:20 PM
Antara putrajaya dgn dataran merdeka, i lagi suka pergi dataran merdeka sbb public transport senang ...
Jalan kaki? Erkk kalau ada kasut yg boleh buat iols terapung tak perlu pijak jalan kat kl tu berani ler nak jalan kaki waktu2 skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 30-8-2024 08:52 PM
Orang dah start book tempat malam ni. Kalau pagi esok baru nak pergi tak nampak apa la..
Sejak tiktok mendonia ptg sehari sblm pun org dh penuh
Iols penah pi tahun 2019 kot sblm pkp tu
Pi dah pagi pun masih laa nampak juga keta2 berhias tu cuma kena menapak jauh skit sbb parking dh penuh
Tp skrg ni semua org berebut nk buat content jd tak gi dah tgk kat putrajaya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 31-8-2024 12:27 AM
Jalan kaki? Erkk kalau ada kasut yg boleh buat iols terapung tak perlu pijak jalan kat kl tu beran ...
Tu dulu2 la sis.. sbb klu kt putrajaya nak pergi tu kene drive, pastu beratur menunggu bas shuttle. Dah abes perarakan nak menunggu semula bas.. kawasan sekitar tu xde kedai ke mall ke nak jalan2. |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok kat rtm jah
Tapi rengsa pulak dgn pengacara kat putrajaya tu
Mcm sengaja lak nak api2kan bomba dgn jpj
Ko dah kenapaaaa
Siap perli2 lagi.ehhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Penuh dgn bangla je gi tgk p'barisan harini..habis je event penuh dgn sampah sarap plak...pape hepi merdeka day to all n to bapokk tua |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan pagi ni...kebasahan la jwb nye
Btw jagung ade x?
Negara tu kan x sambut merdeka
X kibar bendera |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak masam je muka si jijah kipas...si bapok tua tu mcm biase lahhh acah2 jantan hot je dekat situ..
Herlokkknyehhh abam2 atm....tasabar nk tgk abam2 jpj tayang bicep plak |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menyambut burger Mydin yang ke-67 sen |
|
|
|
|
|
|
| |
|