CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 36049|Reply: 77

[Tempatan] Merempat Bila Menantu Jual Rumah Setelah Anak Mati

[Copy link]
Post time 31-8-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Ibu bapa sebolehnya nak menyenangkan anak-anak, sanggup bagi rumah sebagai hadiah di kala usia sudah semakin menua.

Tapi ada juga yang mengambil ringan akan hal tersebut dan senangnya menukar nama kepada pasangan, akhirnya yang merana adalah ibu bapa sendiri.

Seorang pengguna TikTok @penwarishq berkongsi kisah seorang wanita di usia 60 tahun yang terpaksa mencari rumah sewa selepas rumah didiaminya dijual menantu.

Memanggil wanita tersebut dengan gelaran Kak Ina, pada mulanya dia dan suami berkerjaya sedap dan memilih bersara selepas berjaya memiliki beberapa hartanah.

Jelasnya, Kak Ina membahagikan kesemua hartanah tersebut sebagai hadiah atau hibah kepada semua anaknya dan rumah didiami diberikan atas nama anak perempuan bongsunya.

“Sebelum dia pergi haji, dia bahagi tukar milik semua rumah yang dia miliki kepada anak-anak sebab bagi dia itu semua harta dunia.

“Tapi tiba-tiba satu hari ada ejen datang nak ambil gambar rumah jadi dia soal kenapa menantu dia nak jual sedangkan dia dengan suami duduk di rumah tu.

“Rupanya sebelum anak bongsu dia meninggal, dia dah tukar nama kepada suami dia maka menantu dia ada hak nak jual.

“Bayangkan sakit hilang anak tu masih ada, terpaksa pula bekerja keras kemas semua barang sebab menantu dia bagi masa tiga bulan sahaja sebelum dia jual,” jelas pemilik TikTok.

Ujarnya lagi, Kak Ina dan suami mempunyai simpanan namun di usia sebegitu nak sewa yang mahal tu susah dan barang berpuluh tahun tu pula entah nak simpan di mana.

“Memang betul mereka berdua ada simpanan yang banyak tapi suami dia kena serangan jantung lepas dengar menantu dia nak jual rumah mereka.

“Bayangkan dengan simpanan tersebut, nak bayar kos rawatan lagi, cari rumah sewa pun yang murah sahaja.

“Tapi sebab menantu dia ada dokumen sah maka peguam tu cakap tiada apa yang boleh dibuat sebab ia dilakukan secara sah,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kena utamakan diri sendiri dlu dalam apa2 hal sekalipun anak merayu2. Utk anak2 ni masing2 dah ada rezeki tertulis utk deme
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan sampai sekarang aku teringat parents kejendoktor bertungkus Lumus kerja semata bayar rumah untuk beberapa orang anaknya demi kesenangan anaknya sedangkan sekarang dia pun berjimat cermat. Tak cerdik ya. Anak tu biarlah dia usaha sendiri macam mana kita susah layan usaha. Dalam hidup ni takda ayat hidup didunia ni hanya mudah dan senang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kata ada byk hartanah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ya anak makcik tu tukar nama ke suami. Kalau tukar ke nama anak boleh tahan lagi.

Suami biawak barangkali.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:43 PM | Show all posts
Kalau anak mati sebab sakit, mungkin menantu hanat suruh tukar nama in advance kot.
Aku memang tak suka orang yang jual-jual harta peninggalan macam kes ni Lepas tu menyusahkan orang. Looser betul. Kalau sendiri beli sendiri jual, takpe la.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa nya mcm dah bertahun dgr cerita mcm ni.
satu lg kisah perempuan anak yatim piatu. dah kawin, mak mertua mtk perempuan tu tukar nama rumah pusaka pemberian dari arwah parents pd nama suami dgn alasan isteri bwh tgjwb suami.
ni semua kisah² nk suruh buat hibah ke apa.
atas sekali sebelum jd mak jd bapak jd anak jd menantu.. kita adalah seorang manusia.
ada harta simpan sikit utk diri sendiri. hidup jgn menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Atleast biarlah ada satu rumah atas nama sndri. Sok kalau mninggal pepandailah diorg faraid kan nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 31-8-2024 01:25 PM
Mamidingdong replied at 31-8-2024 11:01 AM
Sebab tu kena utamakan diri sendiri dlu dalam apa2 hal sekalipun anak merayu2. Utk anak2 ni masing2  ...


Betul, dalam ajaran Buddha kena utamakan diri sendiri dahulu.....kalau tak kita exhausted.

Dalam Islam kena utamakan sedekah.

Dulu meols tak tahu ajaran Buddha tak utamakan orang lain, rupanya diorang tak galakkan sedekah dan bantu orang. Setiap orang kena tolong diri sendiri dahulu.

Lagisatu belajar appreciate diri kita dgn makanan yang sedap2. Makanan dihidangkan dalam handmade pottery. Jangan makan makanan murah yg dihidangkan dalam pinggan mangkukk melamine dan plastik dan dibuat secara mass production. Sbb tu handmade pottery masih wujud di Jepun, USA dan Eropah

Meols sekarang ni belajar appreciate diri sendiri, pentingkan diri sendiri.

Kalau ada peluang dan kesempatan mesti pastikan peluang tu win win situation..dan kita dominate kerja dan perniagaan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 31-8-2024 01:10 PM
Atleast biarlah ada satu rumah atas nama sndri. Sok kalau mninggal pepandailah diorg faraid kan nnti

Ye kena mcm ni
Kitorg adik beradik takde mintak harta makpak kalau depa taknak bagi
Dah meninggal nanti kita settle sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 31-8-2024 11:42 AM
Dan sampai sekarang aku teringat parents kejendoktor bertungkus Lumus kerja semata bayar rumah untuk ...

Anak dari kecil kena ajar buat kerja cari duit.

Hobby dia jadikan duit, sebab tu meols sangat pentingkan Art....dlm mana2 bangsa maju diorang pentingkan...dari situ dia belajar usaha keras, dan cari duit.

Contoh kalau dia minat painting, ajar dia buat water color sendiri dari tanah..ajar dia digital ilustration...kalau kita minat ceramic ajar dia cari tanah liat sendiri..main dgn tanah dan buat ceramic. Kalau minat batik, ajar dia bahan dari sumber alam, macam kunyit akar mengkudu sebagai dye kain.

Suruh dia buat everything from scratch. So dia tahu appreciate termasuk tahu cari duit pada modal minimum.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya. Menantu hantu tak sedar diri. Biar lah orang tua tu duduk sana sampai ajal mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak org tua nak senangkan anak², last² sendiri yg susah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 02:01 PM | Show all posts
Menantu yang selfish dan besar nafsu tapi tak pandai cari duit, tapi mind you klu nak jadi kaya raya memang kena ada mentaliti spt menantu ni, sangat pentingkan diri dan tidak peduli orang lain...

anak perempuan tu pula mempunyai iq yang rendah, ibubapa juga yang salah kerana membesarkan anak mereka dengan iq yang rendah... at least buatlah perjanjian klu nak bagi kpd anak, dia tak boleh buat apa2 selagi ibubapa tinggal kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tukar nama apa lagi nk terkilan...takdir hidup
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa soh hibah kat anak bongsu tu.. sah2 budak tu ...

#donekecam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 04:13 PM | Show all posts
arareez replied at 31-8-2024 03:46 AM
Bodoh ya anak makcik tu tukar nama ke suami. Kalau tukar ke nama anak boleh tahan lagi.

Suami biaw ...

mungkin suami acu pisau kat leher anak dia .
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes macam ni la, samseng2 macam ayahanda, pukida tu suma tolong intervene sebagai sumbangan bakti kepada masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-8-2024 05:24 AM
Betul, dalam ajaran Buddha kena utamakan diri sendiri dahulu.....kalau tak kita exhausted.

Dalam  ...

Kalau ada anak, make sure anak nampak how uols loving n appreciating yourself or pampering yourself kat rumah ka kat luar. Supaya meka juga reti sayangi dan hargai diri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:16 PM | Show all posts
krustykrab replied at 31-8-2024 03:44 AM
Cerita kata ada byk hartanah.

sekali plot twsit gambar xde warna :
menantu dia tu waktu kecil pernah menyewa dengan mentua.
tapi gagal bayar sewa 3 bulan sebab ketua keluarga mati ...
menantu berdendam sampai ke dewasa " aku akan balas balik apa dia buat "

nak main hartatanah ni hati kena keras.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045948 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list