CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50783|Reply: 7

[Tempatan] 11 daerah dikenal pasti sebagai daerah menua. Semua daerah di Kedah dan Perak mencapai status daerah menua. - DOSM

[Copy link]
Post time 31-8-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Nasional

11 daerah dikenal pasti sebagai daerah menua - DOSM

30 Ogos 2024 03:19pm



Sebelas daerah di negara ini dikenal pasti sebagai daerah menua. Foto hiasan 123RF


PUTRAJAYA - Sebelas daerah dikenal pasti sebagai daerah menua iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.0 peratus, demikian mengikut statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2024 yang diterbitkan pada Jumaat.

Laporan berkenaan memaparkan anggaran penduduk di peringkat negeri dan daerah pentadbiran bagi tahun 2023 dan 2024.

Daerah yang terlibat ialah Beluru, Telang Usan, Mukah di Sarawak, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor di Selangor, Muallim (Perak), Tenom (Sabah), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Segamat (Johor).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) tertinggi pada 2024 dicatatkan di Kecil Lojing dengan 33.8 peratus, diikuti Gua Musang (33.4 peratus) dan Tumpat (32.3 peratus) di Kelantan.

"Sebauh, Sarawak mencatatkan peratusan penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) tertinggi dengan 79.5 peratus, diikuti Kinabatangan, Sabah (78.4 peratus) dan Belaga, Sarawak (78.3 peratus) manakala Lubok Antu, Sarawak mempunyai penduduk umur tua paling tinggi (65 tahun dan lebih) dengan 15.1 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan tiga kategori penuaan iaitu ageing society, aged society dan super-aged society iaitu masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

Berpandukan Dasar Warga Emas Negara (DWEN), penuaan ialah apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata Petaling, Selangor merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai pada 2024 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru, Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat, Selangor (1.5 juta).


Daerah Kinabatangan dan Kalabakan di Sabah mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 9.6 peratus, diikuti Cameron Highlands, Pahang (8.4 peratus).

Sementara itu, tiga daerah di Sarawak mempunyai bilangan penduduk paling rendah iaitu dengan 7,900 penduduk di Tanjung Manis, diikuti oleh Song (10,300) dan Bukit Mabong (10,600). - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/a ... daerah-menua---dosm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 02:57 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Otai masih berbisa.

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:36 PM | Show all posts
Selamat menuju ke arah negara tua 2030




Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bos iols dlu bertugas kat sabah berpuluh tahun dark bujang sampai la bercucu lahir kat sabah, ada la gak beli beberapa asset kat sabah nun. Tp bila dah pencen dia dgn bini balik Ipoh katanya kat Ipoh Bandar utk org pencen, nak hidup tenang taknak stress dgn harga barang & minyak.. Rata2 bekas pengarah asal semenanjung yg Iols kenal semua ckp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:08 PM | Show all posts
Zon kilauan emas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zon polident
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk la tempat2 tu sesuai utk umur pencen/bersara kan?. tua2 koser nak hidup di bandar jenuh sedut asap bukak pintu rumah sume hutan batu
tua2 taknak tgk dah mall besar setggi alam tu, back to nature kekdahnya
asalkan ada basic facilities especially spital dah ok sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.471690 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list