|
Edited by ^CUN_GILA~. at 31-8-2024 06:15 PM
PETALING JAYA – Selain aksi ‘abang sado’, kehadiran seekor kucing dengan mengenakan pakaian ala pendekar dan lengkap bertanjak turut mencuri tumpuan orang ramai yang hadir menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaaan di Dataran Putrajaya, hari ini.
Kucing berwarna oren itu juga turut mengenakan cermin mata hitam berjaya memikat hati pengunjung, sekali gus menjadi pencabar kepada ‘abang sado’.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman sosial, kucing berkenaan milik seorang pengunjung yang dibawa dengan menaiki sebuah kereta sorong kanak-kanak.
Menariknya, kucing berkenaan tidak meragam dan pandai bergaya sehingga beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja melihat aksi kucing berkenaan yang sangat memberi kerjasama kepada pemiliknya walaupun berada di khalayak ramai.
“Bagi makan apa la ya? ‘Behave’ betul, atau memang masuk bateri yang kuasa rendah, atau bateri tu tak dicas sebelum bawa keluar,” tulis Omar Hakimie.
“Dia tak lari tu masalahnya. Kucing aku pantang keluar berdesup hilang, nak kejar balik dia punya penat macam lari satu kilometer,” kata Mencari Hidayah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wan Wan.
‘Yang hairannya, tak ada pula dia lari ke apa. Duduk je situ, macam faham-faham untuk display (pertunjukan),” ujarnya.
- KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|