CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38905|Reply: 15

[Dunia] Mampu bercakap dengan malaikat, Puteri Raja nekad kahwini bomoh biseksual

[Copy link]
Post time 31-8-2024 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-8-2024 09:48 PM

OSLO: Puteri Norway, Martha Louise, berkahwin dengan Durek Verrett yang mengaku sebagai bomoh dari Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, menyaksikan penyatuan pasangan pengamal terapi alternatif, yang mengejutkan penduduk Norway.

Martha Louise Louise, 52, yang juga seorang janda, mendakwa sebagai peramal perubatan alternatif yang 'boleh bercakap dengan malaikat'.

Verrett, 49, dari California pula menggelar dirinya sebagai bomoh generasi keenam dan menjual pingat emas pada harga yang mahal, kononnya didakwa boleh menyelamatkan nyawa.

"Saya sangat spiritual, menyenangkan untuk bersama orang yang menerimanya," kata Martha Louise di Instagram selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2022.

Dia mendakwa dirinya adalah firaun dalam 'kehidupan sebelum ini' dan Martha Louise adalah 'isterinya', suatu pengakuan yang membingungkan rakyat Norway.

Mereka juga hairan dengan pandangan pasangan itu, yang mengabaikan sains dan dilihat menggunakan gelaran Diraja untuk keuntungan komersial.

Untuk mengelakkan kekeliruan, Martha Louise melepaskan gelaran Diraja pada November 2022.

Dia mengekalkan gelaran itu pada namanya, tetapi bersetuju untuk tidak menggunakannya untuk tujuan komersial, namun wanita itu sudah beberapa kali melanggar perjanjian itu.

Terbaharu, Martha Louise dan Verrett menjual minuman keras 'gin perkahwinan' di Norway, yang mempunyai gelaran puterinya tertera pada label.

Pasangan itu juga menimbulkan kemarahan media Norway dengan menandatangani perjanjian dengan Hello! majalah dan Netflix untuk liputan eksklusif perkahwinan itu.
Martha Louise mempunyai tiga anak perempuan daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarang Norway, Ari Behn, yang membunuh dirinya tiga tahun selepas perceraian mereka pada 2016.

Martha Louise berada dalam barisan keempat bagi mewarisi takhta Norway tetapi adik lelakinya Putera Mahkota Haakon, dijangka menggantikan Raja Harald suatu hari nanti.

Martha Louise dan Verrett menyumbang kepada penghakisan sokongan orang ramai terhadap monarki, daripada 81 peratus pada 2017 kepada 68 peratus, hasil tinjauan penyiar awam NRK pada minggu ini.

Verrett paling banyak menerima kritikan, malah dilabel sebagai 'penipu dan dukun' dalam akhbar.

Di laman sesawangnya, dia menjual pingat emas 'Spirit Optimizer' bernilai AS$222 (RM956), yang didakwa membantunya mengatasi COVID-19. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 11:40 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun jd sewel udoh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko la
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan malaikat yg mana tu? Malaikat maut?
Bagaimana dengan kesihatan mentalnya?

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sekufu la tu dua2 sewel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh geng dengan budak bumi donut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cinta itu buta dan bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 species orang giler ada kat dunia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang princess ni xjumpa bomoh Malaysia.. kalau dgn bomoh Malaysia siap boleh naik tikar terbang enjin pakai Kelapa je
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ni ibarat raja bomoh kawin ratu nur sittah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
scammer dan yang sanggup kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gwyneth paltrow's spiritual mentor?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:37 AM | Show all posts
ai percaya lepas Meagan Markle dpt Putera Harry, pasti ada yg lain akan menyusul...

habislah ketuanan diraja kokesen sakan...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list