CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7945|Reply: 0

[Sabah] Guru Besar main peranan penting kejayaan transformasi pendidikan digital

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode


BANTUAN: Hajiji menyaksikan penyerahan replika cek Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin semasa persidangan terbabit.

PENAMPANG: Guru besar memainkan peranan amat penting dalam memastikan kejayaan transformasi pendidikan digital sekolah di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, guru besar adalah pemimpin yang membawa perubahan, memberi inspirasi dan bimbingan kepada guru serta pelajar di sekolah masing- masing.

“Penting untuk guru besar terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan, kerajaan negeri komited untuk menyokong pelbagai inisiatif serta program yang bertujuan meningkatkan infrastruktur digital di sekolah.

“Era digital membawa perubahan dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam bidang pendidikan, oeh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa sistem pendidikan turut beradaptasi dengan perubahan ini.

“Pendidikan digital bukan sahaja sekadar penggunaan alat teknologi dalam proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran tetapi untuk kita membudayakan penggunaan teknologi sebagai bahan interaktif bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, memupuk pemikiran kritis, dan melahirkan generasi yang inovatif dan kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Agung dan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Kedua di ITCC di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata aspek kualiti dan kecemerlangan pendidikan harus menjadi fokus utama dalam setiap program mendidik para pelajar.

“Pendidikan berkualiti bukan saja mampu melahirkan modal insan yang unggul dan berkemahiran, malah akan menyediakan aset pembangunan sosial yang dinamik dan berdaya saing.

“Kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini secara berterusan, saya berharap persidangan ini berjaya mencapai objektifnya sekali gus mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negeri ini.

“Saya percaya dengan kerjasama dan dedikasi semua, kita mampu membawa pendidikan di negeri kita ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan generasi masa depan kita bersedia untuk menghadapi cabaran dunia digital,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan beliau berkata,  kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa dan mempercepatkan pembangunan prasarana teknologi digital di Sabah.

“Semua inisiatif yang kita laksanakan ini adalah bagi mempercepat pelaksanaan Pelan Strategik Kerajaan Digital di negeri ini menjelang 2025.

“Kerajaan juga sudah siap memasang kesemua 300 buah peranti Starlink di seluruh kawasan Sabah, pada bulan Mei lalu, yang dikenal pasti mempunyai masalah sambungan internet sebagai penyelesaian interim kepada kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau percaya dengan segala inisiatif diambil ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.039827 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list