ROHANA
KAPIT: Seorang buruh kasar ditemui meninggal dunia kira-kira 50 meter dari kediamannya di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu, mayat lelaki berusia 19 tahun itu dtemui orang awam.
"Siasatan awal mendapati tidak ada tanda-tanda pergelutan di tempat kejadian dan luka hanya di leher mangsa yang dipercayai dikelar, hasil pemeriksaan doktor Hospital Kapit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pihak polis membuat pemeriksaan di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa.
Rohana berkata punca kematian belum dapat disahkan dan mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Tambahnya, tidak ada laporan orang hilang diterima pihaknya buat masa ini.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana maklumat tidak tepat akan mengusarkan masyarakat," katanya.
Pihak polis turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat Sarjan Kenneth Ampis.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
|