CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12433|Reply: 13

[Tempatan] Kartel tipu tuntutan PERKESO: 33 individu termasuk 3 doktor direman

[Copy link]
Post time 4-9-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Kartel tipu tuntutan PERKESO: 33 individu termasuk 3 doktor direman
Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 4, 2024 @ 11:19am
[email protected]


Seramai 33 individu termasuk dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM2.1 juta sejak 2017. - NSTP/Mikail Ong


GEORGETOWN: Seramai 33 individu termasuk dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM2.1 juta sejak 2017.

Perintah reman terhadap tiga doktor itu dikeluarkan selama dua hari bermula hari ini oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara tempoh reman terhadap 29 orang awam yang terdiri daripada pekerja swasta, ejen dan 'runner' pula dibenarkan selama tiga hari sehingga Jumaat ini manakala reman terhadap isteri kepada seorang ejen dibenarkan selama sehari.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, semua suspek berusia 26 hingga 60 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown di sini pada jam 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Menurut sumber, tiga doktor berusia 36 hingga 57 tahun itu masing-masing bertugas di Hospital Bukit Mertajam, Hospital Seberang Jaya serta sebuah hospital swasta di Butterworth.

Katanya, baki tangkapan lain yang terdiri daripada 19 pekerja swasta, adalah pemohon tuntutan, lapan ejen dan tiga 'runner'.

"Kesemua suspek ditahan dalam satu operasi bermula jam 5 pagi hingga 9 malam kelmarin di sekitar negeri ini.

"Hasil siasatan mendapati kartel ini aktif dalam kegiatan itu sejak 2017 sehingga tahun ini dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta.

"Kebanyakan mereka membuat tuntutan palsu atas alasan kecederaan Ligamen Anterior Cruciate (ACL) dan mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc)," katanya.

Menurut sumber pemohon akan menerima 50 peratus daripada jumlah tuntutan manakala baki 50 peratus dibahagi antara doktor, ejen serta runner.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2024 12:22 PM | Show all posts
Tiga doktor ditahan SPRM, KKM sedia beri kerjasama penuh
Oleh Fahmy A Rosli - September 4, 2024 @ 10:53am
[email protected]


- Foto hiasan.


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap tiga doktor kanan yang ditahan agensi penguat kuasa itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh kakitangannya.

"KKM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik," katanya.

Semalam BH melaporkan, tiga doktor kanan yang bertugas di dua hospital di Pulau Pinang ditahan SPRM susulan siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Difahamkan, dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.

Penahanan tiga doktor itu pagi semalam disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut Azam, siasatan lanjut akan dijalankan SPRM dengan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka akan ditahan reman.

Pada Julai lalu, Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.

Lingeshwaran memaklumkan Dewan Negara, mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor yang digantung itu kembali bertugas di hospital sama.

Beliau mendakwa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta, yang mana 16 melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas kegiatan terbongkar.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti kna tgkap cha ya nun alip kan?
Kan?
Kan?
Pekat dna prc depa xcampoq air dh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:15 PM | Show all posts
"Hasil siasatan mendapati kartel ini aktif dalam kegiatan itu sejak 2017 sehingga tahun ini dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta.

Dalam tempoh ni ada berapa jumlah PM berkuasa? Zaman PMX baru aktive tangkap pengkhianat-pengkhianat. Support PMX walaupun saya bukan orang PH.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:12 PM | Show all posts
Ada juga ya kartel untuk menipu perkeso
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 4-9-2024 01:12 PM
Majoriti kna tgkap cha ya nun alip kan?
Kan?
Kan?

Yang baju oren paling depan tu macam dari susur galur yang berbeda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 04:00 PM | Show all posts
Scammer adalah suatu kerjaya.

Kerajaan kena handle scammer dari sudut pandang spt itu. Ada yang dah tahap pro menipu sesiapa pun termasuk agensi kerajaan... sumbat semua dalam ni...

ultra-fine-grinder-powder-machine
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 05:16 PM | Show all posts
injured, mohon pencen perkeso, panel interview, dapat pencen.

adakah mereka ini semua [anel-panel yg meluluskan pencen itu walau tak layak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 05:18 PM | Show all posts
type c dan type k kalau di beri peluang, memang nak scam gomen
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 06:25 PM | Show all posts
doktor pon nak menipu mcm scammer pakai mustang.

kau tu doktor.

jijik sial.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 05:28 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 4-9-2024 01:12 PM
Majoriti kna tgkap cha ya nun alip kan?
Kan?
Kan?

tak juga , doc tu ada yang malay juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 05:32 PM | Show all posts
lipans replied at 4-9-2024 05:16 PM
injured, mohon pencen perkeso, panel interview, dapat pencen.

adakah mereka ini semua [anel-panel y ...

mereka mmg panel tapi dia org manipulasi sistem. Tuntutan x selari dgn kecederaan... kdg2 scan org lain bagi kat org lain. Biasa perkeso dah dpt tahu n kes mmg akan di semak dgn panel hosp lain, di situ la doc sebenar tahu tuntutan itu palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 12:18 AM | Show all posts
time lobai memerintah buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 07:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043800 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list