View: 10457|Reply: 0
|
[Sarawak]
Penambahbaikan 14 sekolah dengan kos RM2.2 juta dilaksanakan
[Copy link]
|
|
Nanta turut meninjau projek yang tertangguh di SK Kampong Baru yang gagal disiapkan mengikut jadual oleh kontraktor yang dilantik.
KAPIT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan di 14 sekolah di daerah Kapit, Song dan Belaga dengan anggaran kos sebanyak RM2.2 juta.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi melalui kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Menurut Nanta, maklumat terkini daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit menunjukkan bahawa terdapat 49 sekolah di daerah tersebut yang berada dalam keadaan usang dan memerlukan penambahbaikan atau pembinaan semula.
Katanya, sekolah terbabit melibatkan 45 sekolah rendah dan empat sekolah menengah.
"Daripada jumlah ini, sebanyak 14 sekolah di Kapit, Song dan Belaga telah diangkat JKR Sarawak untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan bangunan usang yang melibatkan kos sebanyak RM2.2 juta.
"Buat masa ini, kerja-kerja telah dimulakan di lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah," katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Nanta memberitahu bahawa beliau telah meninjau projek yang tertangguh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Baru di sini, yang gagal disiapkan mengikut jadual oleh kontraktor yang dilantik.
"Kontrak kontraktor ini telah ditamatkan dan saya difahamkan proses pelantikan semula kontraktor akan memakan masa sehingga setahun.
"Ini tentunya akan menimbulkan kegusaran di kalangan ibu bapa yang terpaksa menunggu lebih lama sebelum dapat menghantar semula anak mereka ke sekolah ini," ujarnya.
Tambahnya, beliau telah bertemu dengan wakil kontraktor terbabit dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerja mereka yang telah menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak, terutama kepada pelajar.
Tegas beliau, meskipun projek itu adalah di bawah kerajaan negeri, sebagai wakil rakyat di sini, beliau berharap langkah-langkah yang akan diambil oleh JKR Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah yang terbaik dan dapat membantu menyiapkan projek tersebut secepat mungkin.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/03/penambahbaikan-14-sekolah-dengan-kos-rm22-juta-dilaksanakan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|