CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38597|Reply: 0

[Sabah] Jalan Kg Kapayan lama dinaik taraf ke konkrit

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode


SELESA: Beginilah keadaan jalan Kg Kapayan Lama yang dinaik taraf kepada konkrit hasil usaha ADUN Bingkor bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

# Penduduk zahir penghargaan atas keprihatinan Robert

KENINGAU: Penduduk di Kampung Kapayan Lama dekat sini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik atas usaha bagi menaik taraf jalan kampung itu kepada jalan konkrit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kapayan Lama Lorenzo Juli berkata, kini penduduk kampung dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa berbanding sebelum ini dan mereka amat lega dengan kemudahan itu hasil keprihatinan wakil rakyat di situ.

Beliau berkata, sejak sekian lama penduduk menantikan jalan itu dinaik taraf dan akhirnya hasrat itu menjadi kenyataan dan jalan itu kini amat selesa untuk dilalui sehari-harian terutama bagi membawa keluar hasil pertanian ke bandar Keningau.

Sebahagian penduduk turut memuji usaha Robert selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor yang senantiasa bukan sahaja mendengar permasalahan rakyat di kawasannya malah mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikannya.

Katanya lagi, Robert amat rapat dengan rakyat khususnya di peringkat akar umbi dan buktinya beliau kerap turun padang menyantuni mereka tidak kira latar belakang dan fahaman membuatkan semua lapisan masyarakat menyenanginya.

"Kami mempunyai wakil rakyat yang bukan sahaja prihatin tetapi juga tahu permasalahan kami dan yang sentiasa menemui penduduk di kampung kampung," katanya sambil mengucapkan terima kasih atas khidmat cemerlang sebagai wakil rakyat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list