CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39277|Reply: 95

Pecah Rekod : Bayi Paling Berat Lahir 4.8kg, Kecoh Satu Hospital

[Copy link]
Post time 4-9-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Seorang ibu bukan sahaja mengejutkan para petugas hospital, malah tular di media sosial kerana melahirkan bayi comel seberat 4.8 kilogram (kg) menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).


Lebih mengejutkan, ketika kelahiran anak keempat ini, seluruh petugas di wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menjadi kecoh sebentar kerana bayinya adalah yang paling besar dilahirkan pada 1 September (Ahad) lalu.








Berkongsi pengalaman tersebut, Wan Nur Jahidah Wan Muin, 26, berkata dia tidak menyangka berat bayi perempuannya akan mencecah 4kg disebabkan sudah melakukan pemeriksaan berkala setiap bulan.


“Cumanya memang perut saya besar dan ramai tegur tanya mengandung kembar ke. Masa hari nak bersalin baru pakar ‘scan’ banyak kali untuk dapatkan anggaran berat anak yang paling hampir.


“Situasi dalam wad masa tu heboh sebab ketika itu anak saya je yang paling besar. Bilik pembedahan dengan doktor serta para petugas wad bersalin kecoh pasal anak saya yang besar tu.


“Dah lepas bersalin pun jururawat dan doktor selalu ambil anak saya, mereka nak gomol sambil-sambil bagi susu sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.






Bercerita lanjut, Wan Nur Jahidah berasal dari Machang, Kelantan tidak menolak kemungkinan bahawa tabiatnya suka minum milo ais pada setiap malam adalah penyebab kepada saiz anaknya yang besar itu.


Walau bagaimanapun, dia mengakui tidak menghidap penyakit kencing manis atau diabetes gestasi (gestational diabetes mellitus) serta tidak mengamalkan sebarang pemakanan atau minuman tetap semasa mengandung.


“Doktor ada tanya juga saya ada kencing manis masa mengandung ataupun tidak. Tapi masa mengandung memang saya tak ada kencing manis, alhamdulillah sihat je.


“Cuma setiap malam saya suka minum milo ais. Mungkin juga tu sebab anak saya besar. Saya pun tak ada amalkan apa-apa susu untuk ibu hamil. Memang makan seperti biasa sahaja.


“Alhamdulillah saya dan bayi dah pun keluar wad dan kami berdua sihat. Tapi disebabkan pertama kali saya czer jadi berpantang tu lain sikit, kena berkorban lebih,” jelasnya.


Terdahulu, gambar yang dimuat naik Wan Nur Jahidah di aplikasi TikTok tular sehingga mendapat lebih 3.3 juta tontonan, 455,300 tanda suka dan 86,300 perkongsian.


Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan anaknya sungguh comel dan boleh terus melaporkan diri ke taska kerana saiznya yang agak besar berbanding bayi biasa.


Wan Nur Jahidah berkata, dia tidak menyangka hantarannya itu tular malahan tindakannya memuat naik gambar tersebut hanya sekadar untuk menyimpan memori indah sahaja.


“Tak sangka hantaran saya boleh FYP (for you page) sebab muat naik pun sekadar untuk kenangan di akaun sendiri. Tapi baca setiap komen tu memang lawak sebab pengguna semua gelarkan anak saya ‘bayi tadika’,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww tak chomel sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaa comelnyaaaaaaa bambam betul geram tengok. Besar sungguh budak ni. 4.8kg tuuu, lenguh tangan nak pangku
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:03 PM | Show all posts
gewammmmmmmmmmmmmmmmnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:07 PM | Show all posts
Kusemangat dah mcm baby 3 bln comel
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukaaa tgk baby yg bammm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
comelnyaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembam2 geram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi nak dukung lama2 mesti lenguh abih tangan.. Mak2 biasa dukung anak je tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnyaaa [em:17:]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pipi bam bam comel macam pau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pipi tu labuh serupa pau terlebih yis
mesti best malam2 tido peluk dgn bau baby lg.
hrp baby+ibu sihat selamanya, jgn membesar gedabak sampai besar sudah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
So chomel
Pipi bambam
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex kelig aiol pernah kasik beranak normal baby 5kg dek. Amekaw. Helok hensem ja kejadian budak tu sekarang (dah tak budak. Dah rumaja).
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik i ada sorg bersalin 5.3 kg normal kt slim river.. dh tingkatan 4 dh budaknya.. masatu dh kluar kpala nk xnk kena teran jugak utk slmtkan baby.. nahhh xnk dh dia bersalin terlampau sakit
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat sekampit beras.
Semoga membesar jadi orang berguna. Jangan lupa jasa ibu bapa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi tabiat buruk maknya ketika hamil silalah kongsi untuk dijadikan sempadan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia! Pic menjeling tu dah mcm 4, 5 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Comellllllllllll…klu aku pon aku nk gomoiii..gerammmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bambamnya baby nie, geramnya.muka merah2 dah macam peach Tahniah pada parents & semuga baby menjadi anak yg solehah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.074191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list