CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10358|Reply: 0

[Sabah] YPNM Sabah sokong penubuhan JKKSK, tangani isu kanak-kanak tanpa dokumen

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 9-9-2024 07:27 AM



DAVID

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menyokong usaha kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas untuk menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri di negeri ini.

Pengerusinya, David Chan berkata, usaha ini juga mampu menangani isu kanak-kanak tanpa dokumen yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, isu ini juga menjadi salah satu punca kebimbangan sosial dan ekonomi di Sabah.

“Penubuhan jawatankuasa ini menandakan satu langkah penting dan sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan selama beberapa dekad.

“Kewujudan isu kanak-kanak tanpa negara di Sabah adalah satu cabaran yang kompleks dan berpanjangan, sudah tiba masanya kita menangani isu ini dengan komitmen yang dilaksanakan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Ini adalah satu langkah yang berani dan positif yang dipercayai akan membawa kepada penyelesaian yang bermakna,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, YPNM Sabah percaya penyelesaian isu tanpa negara ini akan memberi impak positif yang luas terhadap kesejahteraan sosial dan ekonomi negeri.

“Kanak-kanak tanpa negara sering menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kekurangan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan hak asasi lain yang seterusnya menjejaskan masyarakat dan ekonomi yang lebih luas.

“Penyelesaian isu kanak-kanak ini bukan sahaja akan melindungi hak mereka tetapi juga menyumbang kepada masyarakat yang lebih bersatu dan makmur.

“Kami yakin bahawa inisiatif ini akan membantu mengatasi masalah sosial dan ekonomi yang sudah lama membelenggu Sabah,” katanya.

Menurutnya, YPNM Sabah bersedia menyokong usaha kerajaan dalam apa sahaja cara bagi memastikan inisiatif ini berjaya dan hak semua kanak-kanak di Sabah terjamin.

“YPNM Sabah mengalu-alukan perubahan positif hasil usaha kerja jawatankuasa ini dan menggesa semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama sepenuhnya dalam menangani isu penting ini dalam usaha membina masa depan yang lebih baik untuk Sabah dan rakyat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.352739 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list