View: 38452|Reply: 32
|
Lelaki bunuh, bakar kekasih terlepas tali gantung
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Seorang lelaki terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh teman wanitanya, 10 tahun lalu.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika bersidang hari ini bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan.
Dalam Persidangan Semakan Hukuman Mati di Mahkamah Tinggi di sini itu, panel berkenaan sebulat suara menerima permohonan Abd. Khalid Md. Isa, 53, yang disahkan mengalami masalah mental.
Panel turut mengenepikan hukuman sebatan ke atas Abd. Khalid Md Isa, 53, atas faktor usia dan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 1 Oktober 2014.
Abd. Khalid yang ditempatkan di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum ini dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Datok Keramat Bukit Tengah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 30 September 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, peguam Abd. Khalid, Rashid Zulkifli mengemukakan pemohonan mengenepikan hukuman mati itu atas alasan anak guamannya itu mengalami masalah mental selain insaf dengan perbuatannya.
“Pemohon mempunyai masalah mental dan perkara ini dibuktikan oleh laporan kesihatannya. Selain itu pemohon juga menunjukkan kekesalan yang amat atas perbuatannya sebelum ini.
“Itu dijelaskan dengan pengakuan bersalahnya sebelum ini. Selain itu pemohon juga didapati sudah insaf dan mengikuti program keagamaan di penjara,” kata Rashid.
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud tidak membantah permohonan tersebut, namun meminta panel terlibat menetapkan hukuman penjara 35 hingga 40 tahun terhadap Abd. Khalid.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 2019 mengekalkan hukuman gantung terhadap bekas pengusaha kantin tersebut setelah didapati bersalah membelasah teman wanitanya sehingga mati dan kemudian tidur semalaman dengan mayat itu.
Mengikut fakta kes, Abd. Khalid berulang kali memukul kepala Rohani dengan spanar dan menghantuk kepalanya ke tiang rumah sehingga menyebabkan kematiannya.
Cebisan anggota mangsa ditemui dalam bara api di belakang rumah Abd. Khalid pada keesokan harinya.
Abd. Khalid dilihat tenang ketika Tun Tengku Maimun membacakan keputusan tersebut.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi
Mintak jauh la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah mental macam tu, eloklah penjara seumur hidup je, xde la nak susahkan orang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan penjara je??
bagi ler sebatan 15 rotan.
35 thn dok bersenang lenang dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk nama Hakim, empphhh. Dah berapa kes kan lepas tali gantung. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde chance keluar dah ni. mati kat penjara je la |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 10-9-2024 04:44 PM
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi
Mintak jauh la
dah...mental pon orng pompuan suka kat kita...tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Dh lama kes ni. Dkt gf tu heols ada buat apa2 ke b4 bunuh ? Saiko yaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umo sempat gak bebas tuh. Umo baru 53. Ada 25 tahun dalam penjara. Belum 80 dah bebas |
|
|
|
|
|
|
|
Musim2 penjara nak kena bela penjenayah berat bertahun2 dtg lagi
Baguslah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah nk bela smpai 35 tahun.. hukum gantung kan senang. nyawa balas ngn nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
senangnya hidup, alasan umur tak perlu sebatan ye, habis tu trauma sedih family mangsa tak dikira pula, patut teruskan jelah hukuman gantung tu, buatnya panjang umur bebas nanti, ulang lg atas alasan sakit mental |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada masalah mental bukan biasanya hantar terus ke Hospital Bahagia ke? ke dah normal pulak? nanti apa2 jadi kat dalam penjara dia pukul orang ka bunuh orang ka dia guna alasan mental juga camno? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dier berkelakuan baik dlm penjara, kemungkinan besar keluar juga |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 10-9-2024 04:44 PM
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi
Mintak jauh la
Terdesak betul arwah cikki tu |
|
|
|
|
|
|
|
knelah ikut follow agenda United Nations
|
|
|
|
|
|
|
|
knelah ikut follow agenda United Nations
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 10-9-2024 07:39 PM
Tgk nama Hakim, empphhh. Dah berapa kes kan lepas tali gantung.
itulah..selagi tak kena pd kaum keluarga sendiri...agaknya selagi tu la ramai banduan yg akan terlepas hukuman mati.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|