CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31512|Reply: 4

[Tempatan] ZUS Coffee menerima pelaburan besar berjumlah RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital, dan Kapal Api Group,

[Copy link]
Post time 11-9-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ZUS Coffee, jenama kopi tempatan baru sahaja menerima pelaburan besar berjumlah RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital, dan Kapal Api Group, lapor NSTP.



Dengan suntikan modal ini, ZUS Coffee kini bersedia untuk meluaskan sayapnya ke peringkat antarabangsa, dengan merancang untuk masuk ke pasaran Singapura dan Brunei menjelang akhir tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ZUS Coffee memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan beberapa kedai di dua negara tersebut antara bulan September hingga Disember.

Selain itu, jenama kopi ini turut mendedahkan bahawa pihaknya kini dalam perbincangan dengan rakan kongsi yang berpotensi di pasaran antarabangsa lain, dengan jangkaan untuk memperluas lagi jenama itu ke peringkat global pada tahun 2025.

Sejak pelancaran kedai pertamanya di Filipina pada tahun 2023, ZUS Coffee telah menerima sambutan luar biasa, dengan pengguna Filipina mengiktiraf kualiti dan keunikan jenama ini.

Kini, ZUS Coffee mengendalikan lebih 50 cawangan di Filipina dan bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Di Malaysia pula, ZUS Coffee sudah pun menguruskan kira-kira 600 cawangan, dan syarikat ini berhasrat untuk terus meluaskan rangkaian kedainya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung la...bukan senang nak terima pelaburan dari KWAP.

Hanya level2 1MDB je bileh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah
Masyukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:03 AM | Show all posts
nanti kalau kena tuduh milikan kak ros nanti camne?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:11 AM | Show all posts
baru tahu kapal api tu dari indo, patut gah je walau product dah sendu kat malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048374 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list