View: 19695|Reply: 5
|
Lelaki Kena ‘Tinju’ Di Perut Oleh Pengawal Jokowi - “Ngeri Betul Bodyguard Dia”
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah klip video tular di Kota Samarinda, wilayah Kalimantan Timur memaparkan seorang lelaki dipukul selepas berswafoto dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.
Saluran berita Tribunnews melaporkan semalam bahawa kejadian berlaku ketika Jokowi menghadiri sebuah acara dinamakan MTQ Nasional XXX Tahun 2024 pada 8 September lalu.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @yaniarsim, lelaki itu dilihat menghampiri sebuah kereta yang dinaiki oleh Jokowi lalu berswafoto dengannya.
Dia turut berterima kasih kerana mahu bergambar dengannya sebelum beredar.
Bagaimanapun, salah seorang pengawal peribadi menahan lelaki itu dan menumbuknya di bahagian perut.
“Lain kali anda tak perlu melakukan seperti ini!” marah pegawai tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Alasannya kenapa? Kerana terlalu dekat (dengan Jokowi)?” marah seorang netizen.
“Ngeri betul bodyguard dia,” kata netizen lain. – AGENSI
Kredit: KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak tu, tak bernafas woo kena ulu hati
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg malaysia tergila2kan jokowi pun aku x tahu. Negara x maju pun. Sombong pun sombong. |
|
|
|
|
|
|
|
Jokowi ni lah yang memperkayakan Ah Hok. Kalau korang gi Jakarta, depa ada pulau buatan, PIK (Pulau Indah Kapuk), cuma cina dibenarkan masuk. Cina2 korup depa boleh bunuh penguatkuasa jika disiasat, 2 tahun kemudian keluar jail & terus besarkan bisnes, dapat banyak tanah. Contoh : cina bangsat yang own JHL Solitaire Serpong. Cina2 kaya kat sana sombong namatey. Kalau datang sini, perangai serupa beruk macam warga SH. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia mana tergila2 kan jokowi? adeker?
|
|
|
|
|
|
|
|
haha.. merepeklah.. ramai je org msia tak kenal jokowi ni pun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|