CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35596|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin Sabah perlu beradab, jadi contoh rakyat

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode


BERJIWA RAKYAT: Faisal ketika mengadakan perjumpaan bersama Hajiji.

KOTA KINABALU: Pemimpin di Sabah perlu mempunyai nilai adab yang tinggi dan tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik secara melampau terutamanya terhadap kepimpinan negeri ini.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Dewan Negara, Faisal Mohidin berkata, sikap pemimpin harus menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

Katanya, kenyataan jelik secara terbuka yang menyasarkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor adalah sikap yang tidak matang dan menunjukkan sikap sebenar pemimpin berkenaan.

“Saya mendapati terdapat pemimpin pembangkang di negeri ini yang mengutuk secara melampau terhadap Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri.

“Mereka melabel GRS sebagai ‘Firaun’ dan itu menunjukkan sikap pemimpin terbabit kurang beradab dan tidak layak dipilih oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, Ketua Menteri adalah pemimpin yang adil kepada semua rakyat dan tidak memilih bulu dalam menyalurkan bantuan terutamanya soal pendidikan.

Faisal berkata, difahamkan Ketua Menteri telah meluluskan permohonan anak kepada salah seorang pemimpin pembangkang dan ini menunjukkan kerajaan negeri tidak mengamalkan politik dendam.

“Sebenarnya bukan mudah mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian ataupun agensi kerajaan, apatah lagi perhatian Ketua Menteri.

“Saya adalah salah seorang yang telah mendapat bantuan kerajaan negeri semasa belajar termasuklah menghadiri majlis konvokesyen di Perancis pada September lalu,” katanya.

Katanya, sepatutnya pemimpin berkenaan berasa syukur kerana telah dibantu oleh kerajaan negeri, walaupun tidak menyokong kepimpinan Ketua Menteri.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri ikhlas membantu anak-anak di Sabah yang berkelayakan tanpa mengira fahaman politik.

“Orang ramai harus sedar bahawa pemimpin mana yang telus membantu rakyat dan membangunkan negeri ini dengan baik tanpa perlu menghina atau bercakap banyak,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044918 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list