CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20565|Reply: 2

[Jenayah] 'Mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang', wakil GISB nafi terbabit eksploitasi kanak-kanak

[Copy link]
Post time 12-9-2024 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-9-2024 08:05 AM

KUALA LUMPUR: GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) petang semalam tampil menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Dalam kenyataannya, GISB berkata syarikat itu menafikan segala tuduhan dilemparkan kepadanya sambil menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kanak-kanak sebagai pekerja.

"Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

"Kami bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini," katanya dalam kenyataan lima perenggan dikeluarkan jam 7 malam tadi.

GISB dipalit kontroversi selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis awal pagi semalam.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remajaberusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.

GISB berkata, pihaknya berdoa agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian terhadap syarikat itu dapat dinoktahkan.

"Mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling membantu dalam membina masyarakat Madani seperti dicita-citakan oleh pimpinan negara yang tercinta ini," katanya.

GISB diasaskan pada 2008

Terdahulu, dalam sidang media di Kuantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas pengharaman Darul Arqam, katanya, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISBH pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2024 08:11 AM | Show all posts
Kronologi..

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 13-9-2024 08:11 AM
Kronologi..

Aku tgu statement dari jakim & menteri agama pasal kes ni
Setakat ni xnampak function
Memasing takut2 nk respon sbb geng pak wahab yg ketengahkan isu ni dulu drpd mereka ke apa?...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 1.354138 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list