CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19964|Reply: 9

[Tempatan] Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat, kata Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH). #4, GISBH: Kami berdoa fitnah ini dinoktahkan

[Copy link]
Post time 12-9-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-9-2024 01:45 AM

Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat, kata GISBH

https://www.malaysiakini.com/news/718927

Diterbitkan:  Sep 12, 2024 9:05 AM
Dikemaskini: 9:11 AM



GISB Holdings Sdn Bhd menafikan dakwaan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat.

Syarikat yang dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan haram Al-Arqam itu berkata rumah amal yang berdepan dakwaan itu bukan berada bawah kendalian mereka pun.

“Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai cara hidup diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” katanya.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam mengesahkan polis memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan GISBH.


Razarudin Husain

Katanya, serbuan dibuat di 18 premis sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas polis menerima laporan pada 2 September berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang

Namun, syarikat itu sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan kumpulan itu.

Katanya, daripada risikan dan keterangan yang diperoleh polis, mangsa diajar meliwat, seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

GISBH disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Dalam kenyataan terbarunya, GISB menyifatkan dakwaan terhadap mereka sebagai tuduhan berat untuk “menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat” sekaligus mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

“Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami,” katanya.

Syarikat itu justeru mengancam membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduhnya.

GISBH sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan Al-Arqam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 09:18 AM | Show all posts
pulak dah, better tunjukkan bukti
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:32 AM | Show all posts
“Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami,” katanya.


... siapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 09:44 AM | Show all posts
GISBH: Kami berdoa fitnah ini dinoktahkan

https://www.malaysiakini.com/news/718882

Diterbitkan:  Sep 11, 2024 6:46 PM
Dikemaskini: 6:56 PM



Global Ikhwan Services and Business Berhad Holdings (GISBH) berdoa agar apa yang disifatkannya sebagai fitnah dan tohmahan terhadap mereka dapat dinoktahkan.

GISBH hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan yang pihaknya mengeksploitasi kanak-kanak dengan menjadikan mereka sebagai tenaga kerja.

“Kami menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan kami sekali-kali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

“Kami berdoa kepada Allah agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling membantu dalam membina masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara yang tercinta ini,” kata GISBH.

GISBH ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.

Namun, syarikat itu sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan kumpulan itu.

Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan menerima empat laporan berkaitan eksploitasi kanak-kanak.

“Laporan tersebut dipercayai berkaitan eksploitasi kanak-kanak untuk pungut dana, derma dan sebagainya, mungkin ada lain (laporan) yang sedang dikumpulkan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini,  Jabatan Kemajuan Islam malaysia (Jakim) juga diarahkan mengadakan pertemuan dengan GISBH susulan dakwaan itu serta satu lagi dakwaan, iaitu berkenaan ajaran sesat.

Mengulas lanjut, GISBH menegaskan dakwaan itu satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap mereka.

“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya lagi, sambil menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berwajib.

Hari ini pula, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis menyerbu premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik syarikat itu.

Razarudin berkata, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan manakala 171 suspek ditahan.

Dia juga mendakwa, berdasarkan risikan dan keterangan, kanak-kanak tersebut diajar meliwat, serta menjadi mangsa liwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Kenyataan GISBH bagaimanapun tidak menyentuh berkenaan kenyataan Razarudin hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt kuantan ni ad kedai makan, dobi, kedai runcit.. tp skang xde dh. Kedai mkn dia agak pricey.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
selagi tak sampai ke mahkamah, isu2 pasal gisbh ni hanya akan terus jadi polemik dlm kalangan netizen je la

so nak buek camno.. kita org awam yg biasa2 ni hanya boleh tunggu je la nak tau perkembangan isu2 berksitan gisbh ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2024 10:11 AM | Show all posts
Aku pun skeptikal dengan GISBH ni.. Tapi bila tuduh ada penghuni diliwat dan diajar meliwat tu, memang melampau sangat lah kalau tak disertakan bukti. Setakat tuduh, sapa2 je boleh tuduh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:06 AM | Show all posts
najib888 replied at 12-9-2024 10:11 AM
Aku pun skeptikal dengan GISBH ni.. Tapi bila tuduh ada penghuni diliwat dan diajar meliwat tu, mema ...

Exactly apa yang aku fikir..
Aku tak sokong GIS ni.. tapi tuduhan mcm tak masuk akal..
Ada ke diajar meliwat dan diliwat.. logik ke??
Nak cakap / or discuss pasal sex education pun gila susah kat sini, lagilah nak discuss pasal sex luar tabi'i..
To be honest aku mmg tak caya tuduhan ni..
Dan benda ni boleh memburukkan agama Islam, sedikit sebanyak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul ugama Islam ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:39 AM | Show all posts
dulu kes si ebit pun camtu...boikott
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.489426 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list