CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19260|Reply: 0

[Tempatan] Rokok jelas haram, nak letak bahagian mana terpulang - mufti

[Copy link]
Post time 12-9-2024 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Rokok jelas haram, nak letak bahagian mana terpulang - mufti

https://www.malaysiakini.com/news/718922

Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Sep 12, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 8:30 AM



Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad tidak melihat terdapat sebarang masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana bahagian jualan kerana fatwa berkaitan perkara itu sudah jelas.

Dia berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal, bersama arak dan babi.

"Fatwa telah keluarkan merokok itu haram, tapi dari segi pengurusan pentadbiran itu kita terserah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).

"Nak letak bahagian mana (penjualan) rokok terpulanglah," katanya.


Mohamad Shukri Mohamad

Pada 6 Sep lalu, Menteri agama Mohd Na'im Mokhtar berkata akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal.

Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita memandangkan rokok sudah lama difatwakan haram.

Sementara itu, Mohamad Shukri percaya tabiat merokok dapat dikekang lebih baik juga ia melibatkan pelaksanaan  pihak pengurusan dan pentadbiran kerajaan, berbanding pengeluaran fatwa semata-mata.

"Majlis fatwa hanya mengeluarkan fatwa rokok haram, (tapi) bukan bahagian fatwa yang ambil tindakan.

“Jadi nak letak kategori mana (penjualan rokok) terserah kepada pihak pentadbiran," katanya lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033744 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list