View: 19436|Reply: 0
|
[Tempatan]
Tiada lagi diskaun produk bergula di Jualan Rahmah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh
[Copy link]
|
|
Tiada lagi diskaun produk bergula di Jualan Rahmah, kata Fuziah
https://www.freemalaysiatoday.co ... rahmah-kata-fuziah/
FMT Reporters
11 Sep 2024, 07:30 PM
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ketiadaan diskaun bagi produk bergula pada Jualan Rahmah Madani bermula 1 Okt. (Gambar Bernama)
Inisiatif itu sebagai menyahut kempen ‘Perangi Gula’ memandangkan rakyat Malaysia penghidap kencing manis tertinggi Asia Tenggara.
PETALING JAYA: Tiada lagi diskaun produk makanan dan minuman mengandungi gula daripada senarai barangan dalam Program Jualan Rahmah Madani bermula 1 Okt, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi menyahut kempen ‘Perangi Gula’ dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Sept lalu.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan bekerjasama erat bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan strategi-strategi lain dalam kempen ‘Perangi Gula’.
Ini bagi memberikan kesedaran kepada pengguna dan komuniti untuk menjalani aktiviti hidup yang sihat melalui pemakanan sihat dan seimbang, katanya dalam kenyataan.
Pada 8 Sept, Anwar berkata rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis atau diabetes tertinggi di Asia Tenggara dan menekankan masyarakat mengubah gaya pemakanan mereka bermula sekarang.
Dalam pada itu, Fuziah berkata KPDN turut melancarkan inisiatif ‘Jom Kosong’ bersama pemain industri makanan bagi menyokong kempen berkenaan diterajui KKM.
Fuziah berkata, KPDN akan turut bekerjasama dengan persatuan restoran lain seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), dan Persatuan Sahabat Tomyam Prihatin Semalaysia.
Beliau berkata, KPDN turut bekerjasama dengan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Runcit-Rantaian Malaysia (MRCA), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), dan Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|