View: 27494|Reply: 2
|
[Jenayah]
Cubaan seludup keluar lebih 5 tan beras di Tawau, Sabah gagal
[Copy link]
|
|
Cubaan seludup keluar lebih 5 tan beras gagal
https://www.bharian.com.my/berit ... h-5-tan-beras-gagal
Oleh Abdul Rahemang Taiming - September 12, 2024 @ 8:18am
[email protected]
Bot Jongkong yang sarat dengan muatan BPI 5% bersusbsidi disita Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Tawau, kelmarin. - Foto ihsan Ihsan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Tawau.
TAWAU: Cubaan menyeludup keluar lebih lima tan Beras Putih Import (BPI) bersubsidi melalui jeti haram di Batu 3 Jalan Apas dekat sini, kelmarin gagal.
Rampasan beras dilakukan menerusi serbuan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Tawau, di jeti berkenaan kira-kira jam 4 petang.
Ketua Cawangannya, Mohd Nur Edzudin A Bakar, berkata berdasarkan risikan, serbuan dilakukan ke atas sebuah bot jongkong yang sedang memunggah barang dagangan di jeti berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 103 guni BPI bersusbsidi disorok di ruang paling bawah bot jongkong terbabit yang dilitupi dengan beras pulut dan barangan lain.
"Sejumlah 5,150 kilogram beras dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM11,587.50 kemudiannya disita kerana disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran tanpa sebarang deklarasi dibuat oleh pemilik lesen barang dagangan terbabit.
"Barang rampasan dibawa dan di simpan di Gudang Bernas Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Akta 522, Akta Kawalan Padi dan Beras, 1994," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, (Akta 522) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM 15,000 atau 6 bulan penjara atau kedua duanya sekali.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Murah sangat barang kat tanahair.. naikkan harga 100% |
|
|
|
|
|
|
| |
|