View: 27691|Reply: 1
|
[Tempatan]
Permohonan kerajaan gantung keputusan mahkamah pindah milik tanah kepada Semantan Estate dibenarkan
[Copy link]
|
|
Permohonan kerajaan gantung keputusan mahkamah pindah milik tanah kepada Semantan Estate dibenarkan
https://www.bharian.com.my/berit ... -pindah-milik-tanah
September 12, 2024 @ 10:08am
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan bagi menggantung keputusan mahkamah itu yang memerintahkannya memindah milik tanah seluas 106.542 hektar di Mukim Batu di sini kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).
Pada 8 Ogos lalu, kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya untuk memindah milik tanah berkenaan kepada SESB.
Tanah berkenaan terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Masjid Wilayah Persekutuan.
Pada 7 Ogos, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memerintahkan kerajaan memindah milik tanah berkenaan kepada Semantan Estate selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.
Beliau juga menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan berhubung pertikaian tanah berkenaan.
Ahmad Shahrir memerintahkan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan bermula 7 Ogos, selain memerintahkan kerajaan membayar kos RM50,000.
Hakim itu turut memerintahkan defendan agar mendaftarkan plaintif (Semantan Estate) sebagai pemilik tanah melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.
Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.
Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 106.542 hektar itu yang telah diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit.
Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak pada 18 Mei 2012 dan pada 21 November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran merayu keputusan itu.
Pada 2018, Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan kerajaan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini.
Semantan Estate memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan pada Februari 2017 untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009.
Kerajaan juga telah mencadangkan penyelesaian berhubung pertikaian tanah itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 106.542 hektar itu yang telah diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit."
The real example of harta makan 7 keturunan tak abis. Kalau govt. nak ambil juga tanah tu berapa billion bayar gantirugi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|