Tindakan yang didakwa agak lewat diambil ke atas entiti terkait dengan Global Ikhwan Service & Business Holding (GISBH) menunjukkan perlunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dirombak.
Ahli akademik Abu Hafiz Salleh Hudin berkata ada beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu memberi perhatian serius kepada dapatan dikumpulan pengkaji serta aktivis yang memantau GISB.
Selepas gagal meyakinkan mereka untuk bertindak, katanya, pihak yang menjalankan pemantauan tersebut terpaksa bertemu dengan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin untuk memintanya menyuarakan isu tersebut melalui ceramah dan program audio siarnya.
Di sebalik perhatian besar yang diberikan orang ramai selepas disentuh Mohd Asri, Abu Hafiz berkata, masih belum ada pihak berkuasa khususnya Jakim yang dilihat berminat untuk bertindak.
"Perlu diingat, kajian dan dapatan tentang GISB di Jakim telah dibuat lebih awal dari 2013 lagi.
"Untuk menyatakan Jakim tiada maklumat berkenaan GISB adalah amat naif dan bodoh," katanya.
Semalam Polis Diraja Malaysia mengesahkan mereka mula menyiasat kumpulan GISB dan menyerbu beberapa premis yang dikendalikan syarikat terbabit di Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tindakan tersebut dibuat ekoran laporan yang diterima pihak berkuasa pada 2 Sept lalu melibatkan dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan cabul.
Malaysiakini melaporkan, hasil serbuan yang dijalankan pagi semalam PDRM menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun dan 18 premis dipercayai milik GISBH diserbu.
Seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun juga tahan dalam Op Global yang melibatkan 705 pegawai dan anggota polis, dibantu 287 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.
Teguran dah terlalu banyak
Mengulas mengenai operasi dan dakwaan itu, GISB hari ini menafikan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat.
Kata syarikat itu rumah amal yang berdepan dakwaan tersebut bukan berada bawah kendalian mereka.
“Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.
“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai cara hidup diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” kata GISB.
Abu Hafiz yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa berkata pada suatu ketika pihak yang cuba menyampaikan maklumat berhubung kumpulan yang dipercayai masih berpegang kepada ajaran Al-Arqam itu terpaksa berdepan banyak halangan.
Razarudin Husain
Malah, katanya, mereka "ditendang bagaikan bola" oleh pihak berkuasa agama dalam usaha menarik perhatian pihak berkuasa.
"Persoalannya ialah, kenapa pihak berkuasa agama acuh tidak acuh terhadap pembentangan dan laporan kajian mereka?" katanya.
Menurut Abu Hafiz keadaan hanya berubah selepas ia disampaikan secara langsung kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Na'im Mokhtar, yang meminta Jakim bertindak.
Abu Hafiz berkata dia sendiri yakin ada banyak alasan diberikan oleh sesetengah pihak dalam agensi agama walaupun dapatan kajian yang dibuat itu dibentangkan.
Mohd Na’im Mokhtar
Pada masa sama Abu Hafiz memberitahu, dia mendapat respons yang sangat baik daripada Mohd Na'im dan menteri terbabit sendiri "turun gunung" untuk mendapatkan beberapa kepastian.
"Pada masa sama tiada mana-mana badan agama - apatah lagi Jakim yang menerima bajet tahunan hampir RM2 bilion itu - bertanya dan bersungguh seperti menteri agama,"
Dia juga memberi penghargaan kepada Razarudin yang boleh dianggat antara watak penting yang meggerakkan Op Global sehingga mencapai kejayaan semalam.
"Sebelum ini, saya kongsikan pada setiausaha politik menteri agama bahawa teguran dan perbincangan sudah terlalu banyak dalam reformasi Jakim.
"Yang diperlukan adalah tindakan! Kalau ingin benar-benar berubah, Jakim boleh mula merombak cawangan akidah dan bahagian mereka," katanya.
Abu Hafiz juga membayangkan masih banyak maklumat berkaitan GISB yang belum dibongkar setakat ini.
Post time 13-9-2024 12:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 13-9-2024 12:10 PM
Ha korang. Hayati la Islam cara Arkam.
Fun fact waktu kecik² pengasas al arqam tu rajin dtg wat ceramah kt kg meols.
Tpt bkumpul umah meols
1 of my sistah dnamakn sempena nama one of his wife sbb mak meols baik ngn dia
Hada 1 fasa mak meols bungkus² cm geng al arqam tu.
Those were the days
Post time 13-9-2024 01:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Thunderclouds replied at 13-9-2024 04:42 AM
Fun fact waktu kecik² pengasas al arqam tu rajin dtg wat ceramah kt kg meols.
Tpt bkumpul umah me ...
Daerah meols ada 1 kampung ni jadik kubu kuat Arkam zaman awal 90an dulu. Hampir 1 kampung ikut Arkam. Pehtu pernah kontroversi sebab meka nak jadikan seluruh penduduk kampung tu, pengikut Arkam jadik meka sampai halau kapir2 yang tinggal sana.
Bila gomen fatwakan Arkam haram, terkulat2 kot deol, haha. Tapi tahun 2024 ni masih ada Arkam tempat ai. Kedai runcit, kedai makan GI ni pun hada. Tamau la pi beli lagi bila dengar hada jarum2 halus Arkam meka letak dalam makanan. Tapi tak sedap pun sebenarnya. Hu....
ada citer dari member aku yg kerja kat salah satu jabatan agama....sbb as income, they will rent owned property to golongan asnaf dgn bayaran paling minima....but then....fitrah manusia...walaupun dah murah...free lagi bagus....so tenant ni dah bertahun tak bayar sewa...alasan tk cukup duit...tapi lifestyle tak de la mcm daif sgt.....pegawai pejabat agama tu dan pegawai2 besar tak berani nak ambik tindakan pun....setakat pergi kat rumah tu....bagi notis....buat perabih duit print notis amaran je....