View: 34994|Reply: 5
|
[Tempatan]
Dah lama siap, banyak lot rumah Bumiputera tak terjual, kata Rehda
[Copy link]
|
|
Dah lama siap, banyak lot rumah Bumiputera tak terjual, kata Rehda
https://www.freemalaysiatoday.co ... terjual-kata-rehda/
Mikha Chan
12 Sep 2024, 02:32 PM
Menurut ahli Rehda, permintaan rendah dan penolakan pinjaman pembiayaan akhir oleh bank sebagai punca utama terdapat lebihan rumah tidak terjual.
Presiden Rehda Ho Hon Sang berkata, 33% daripada lot Bumiputera masih tidak terjual walaupun setelah tiga tahun siap.
PETALING JAYA: Hampir separuh ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan mempunyai unit kediaman yang belum terjual setakat Jun.
Menurut tinjauan industri oleh persatuan itu, sebahagian besar rumah yang tidak terjual ini terdiri daripada lot Bumiputera.
Presiden Rehda Ho Hon Sang berkata, 33% daripada lot Bumiputera ini masih tidak terjual walaupun setelah tiga tahun siap.
Saya percaya ini isu yang perlu ditangani oleh industri, katanya di Wisma Rehda hari ini.
Tinjauan itu menunjukkan, pada separuh pertama tahun ini, 47% daripada lot Bumiputera yang tidak terjual berharga antara RM500,000 hingga RM700,000, manakala 29%, terdiri daripada rumah-rumah berharga antara RM300,000 dan RM500,000.
Selain lot Bumiputera, kata Ho, ahli Rehda memetik permintaan rendah dan penolakan pinjaman pembiayaan akhir oleh bank sebagai punca utama terdapat lebihan rumah tidak terjual.
Katanya, kadar purata permohonan pinjaman hartanah yang ditolak pada tahap 31%.
Ini bermakna, daripada 100 permohonan pinjaman, 31 daripadanya mungkin ditolak, katanya.
Mungkin 31 unit ini perlu dijual semula kepada pihak lain, atau pembeli yang berminat perlu menyediakan lebih banyak dokumen atau bukti untuk menyokong pinjaman mereka, katanya.
Menurut tinjauan itu lagi, 69% responden berdepan cabaran pembinaan pada separuh pertama tahun ini, dengan harga bahan binaan yang tinggi memberikan impak kritikal terhadap operasi perniagaan.
“(Harga) pasir meningkat kira-kira 15%, manakala kaca naik 15% dan konkrit 13%. (Kenaikan ini) merangkumi lebih 10% daripada kenaikan (jumlah harga) berbanding setahun yang lepas.
Lebih 90% daripada responden juga melihat peningkatan lebih tinggi (pada harga) bahan binaan berbanding tahun sebelumnya, kata Ho.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mahal..balik duduk kg bila pencen |
|
|
|
|
|
|
|
ko jual mahal lps tu meratib tak terjual tak terjual
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya aku x pernah mencarut dalam forum ni. Tapi satu je aku nak cakap... REHDA ni memang selamanya BABI. |
|
|
|
|
|
|
|
merengek lagi..... eeeekkkk ekkkkkkkkkk ek ehkehekehhhehek ekkhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal sgt la tu
Time² sekarang ni, ramai yg x mampu |
|
|
|
|
|
|
| |
|