View: 35225|Reply: 2
|
[Jenayah]
4 kes rakyat asing guna pasport Malaysia dikesan di Kedah, semua babitkan warga Sri Lanka
[Copy link]
|
|
KES
4 kes rakyat asing guna pasport Malaysia dikesan di Kedah, semua babitkan warga Sri Lanka
September 12, 2024 @ 9:40pm
Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Lelaki warga Sri Lanka (kanan) yang ditahan ketika cuba keluar ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam menggunakan pasport milik warga tempatan. - Foto ihsan Imigresen
ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah mengesahkan penahanan lelaki Sri Lanka menggunakan pasport milik individu lain di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini semalam, bukan kes pertama dikesan pihaknya.
Sebaliknya, Pengarahnya, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata adalah kes keempat dikesan di negeri ini sepanjang tahun ini yang mana semuanya turut membabitkan warga Sri Lanka.
Mengulas lanjut, katanya, kes pertama dikesan 24 Januari lalu apabila suami isteri warga Malaysia ditahan ketika cuba memohon pasport untuk seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka di Pejabat Imigresen Kulim.
Pasangan terbabit menyerahkan sijil lahir kanak-kanak itu, namun pegawai kaunter meragui identiti sebenarnya kerana tidak fasih berbahasa Melayu.
"Pasport sudah dikeluarkan kepada kanak-kanak itu kemudian dibatalkan, namun kanak-kanak terbabit dibawa lari ejen," katanya di sini hari ini.
Mohd Ridzzuan berkata, kes kedua dikesan 2 Mac lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka berusia 10 tahun dikesan menggunakan pasport antarabangsa Malaysia untuk keluar ke Thailand di kaunter motosikal Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Kanak-kanak lelaki itu bersama seorang wanita tempatan yang bertindak sebagai 'transporter' menaiki motosikal penambang Thailand untuk keluar dari negara ini.
"Semakan pasport milik kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang dan dibatalkan, malah siasatan lanjut mendapati kanak-kanak dibawa itu individu sama dalam kes pertama," katanya.
Mohd Ridzzuan berkata, kes ketiga pula pada 29 Jun lalu dikesan apabila dua warga asing iaitu seorang lelaki dan wanita ditahan ketika cuba keluar dari negara ini menggunakan pasport antarabangsa Malaysia menggunakan modus operandi sama.
Berikutan itu, pada 30 Jun lalu, pasukan Imigresen Kedah ditugaskan menyiasat di kawasan pintu keluar ICQS Bukit Kayu Hitam sebelum dua warga Sri Lanka serta dua warga tempatan ditahan ketika memasuki Malaysia menaiki Proton Iriz di Kompleks Zon Bebas Cukai.
"Semua suspek ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kedah untuk siasatan lanjut," katanya.
Mohd Ridzzuan berkata, kes terbaru semalam mencatatkan cubaan keempat dilakukan warga Sri Lanka menggunakan pasport antarabangsa Malaysia untuk keluar dari negara ini melalui pintu masuk darat di ICQS di Bukit Kayu Hitam.
Terdahulu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 21 tahun ditahan selepas menggunakan pasport antarabangsa Malaysia milik individu lain untuk keluar dari negara ini.
Suspek ditahan di sempadan ICQS Bukit Kayu Hitam ketika cuba melepasi sempadan Thailand menggunakan pasport milik individu lain yang tertera nama Raja Danny Denis.
https://www.bharian.com.my/berit ... edah-semua-babitkan |
|
|
|
|
|
|
|
Betapa jahat dan celakanya geng rakyat negara bankrupt tak sedar diri ni. Datang malezia guna/tukar passport fake sukahati keluar masuk borders.
Tiap kali berita keluar cuma cerita dapat tangkap pendatang ni saja. Tak pernah pun berita pasal agent ditangkap/lesen kena tarik sebab bawa parasits ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|