View: 77584|Reply: 5
|
[Tempatan]
Dendangan lagu Bahasa Jiwa Bangsa kumpulan koir pelajar sekolah persendirian Cina ini sangat mengujakan netizen
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-9-2024 08:55 PM
https://www.facebook.com/share/v/K7vygY3VbQZkVJgi/?mibextid=Nif5oz
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah sekolah persendirian dari Kuala Lumpur mencuri tumpuan apabila berjaya menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu menerusi persembahan koir dengan baik.
Sekolah Menengah Persendirian Cina Chung Hwa, Kuala Lumpur menjadi perhatian selepas menghasilkan nyanyian lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" dengan cukup baik.
Persembahan tersebut nyata mendapat pujian ramai apabila klip tersebut tular di media sosial.
"Perghh kagum aku tengok orang-orang muda Malaysia macam ni. Terbaik adik-adik. Salute," kata seorang netizen bernama Hailme Iswa.
"Terbaik, comel-comel pakai baju kurung, semoga anda semua dapat kuasai bahasa kebangsaan dengan baik," ujar Razman Razab.
"Macam ni baru koir, suara berlapis-lapis, bukan senang nak buat ni. Syabas adik-adik, bahasa jiwa bangsa," komen Azzah AzzahRa.
Sekolah persendirian tersebut merupakan sebahagian daripada peserta bagi Festival Bahasa dan Sastera 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Mereka merupakan juara kategori koir dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000. Festival itu turut mempertandingkan acara lain seperti deklamasi sajak, pidato dan bercerita.
Festival tersebut diadakan khas bagi sekolah-sekolah sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah menengah persendirian Cina. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Uols are sad.
Budak2 Cina ni memang suka koir. Biasa saja meka ni nyanyi lagu2 BM untuk koir.
Kat IPTA dengan kuota non bumi, ko boleh nampak ramai Cina join kelab koir untuk Kokum.
Ya hampun. Benda biasa boleh buat nitizen terkagum2 Allahhhhh mudah2an kat alternate universe takda la pangai gini. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-9-2024 08:56 PM
Uols are sad.
Budak2 Cina ni memang suka koir. Biasa saja meka ni nyanyi lagu2 BM untuk koir.
Acik2 mudah terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-9-2024 08:56 PM
Uols are sad.
Budak2 Cina ni memang suka koir. Biasa saja meka ni nyanyi lagu2 BM untuk koir.
Terima kasih atas pencerahan, tapi comel tgk amoi cina pakai baju kurung |
|
|
|
|
|
|
|
Cina buat apa pun jadi. Part mana yang pelik, budak2 cina pandai nyanyi lagu melayu ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 15-9-2024 01:49 PM
Terima kasih atas pencerahan, tapi comel tgk amoi cina pakai baju kurung
Aku kelab koir kat U dulu. Ramai Cina doe. Konduktor pun Cina. |
|
|
|
|
|
|
| |
|