CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7132|Reply: 0

[Sabah] Pembentukan Malaysia bawa banyak nikmat, manfaat

[Copy link]
Post time 17-9-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-9-2024 06:05 AM



HAJIJI

KOTA KINABALU: Pembentukan Malaysia membawa banyak nikmat dan manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara dan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Sabah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, perjalanan membina negara ini masih panjang, berliku dan pastinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun pasti berjaya diharungi dengan adanya. kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.

Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka', cerminan yang amat penting bagi kemakmuran dan kemajuan negara.

"Malaysia Madani yang disokong oleh enam nilai teras utama mencerminkan visi kita untuk membentuk masyarakat yang berdaya tahan, harmoni dan progresif.

"Jiwa Merdeka menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif, menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

"la juga melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dalam usaha kita untuk membina sebuah kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sini hari ini.

Hajiji berkata, nilai-nilai Malaysia Madani seiring dengan aspirasi dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi panduan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri ini.

Beliau berkata, melalui dasar ini, kerajaan berusaha memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memperkasa pembangunan yang lestari.

"Gabungan nilai-nilai Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya ini adalah manifestasi kesungguhan kita untuk melihat Sabah dan Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan makmur.

"Bagi kita di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum akan terus dipertahankan dalam usaha bergerak maju ke hadapan.

"Ini kerana kesatuan dan perpaduan antara rakyat adalah kunci kepada kejayaan Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus bekerja keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang makmur, berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengingati dan merayakan detik bersejarah tanah air yang berlaku 61 tahun yang lalu.

Menurutnya, pada ketika itulah termeterainya perjanjian yang menyatukan dua wilayah Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membetuk sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka di bawah satu bendera, satu negara.

"Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan baharu kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa depan negara yang lebih cemerlang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.197738 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list