View: 39043|Reply: 2
|
[Tempatan]
Bekas Gabenor ke-5 BNM meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Bekas Gabenor ke-5 BNM meninggal dunia
Oleh Omar Ahmad - September 17, 2024 @ 4:35pm
[email protected]
Shahril Hafiz menjirus air ke atas pusara arwah bapanya (gambar kecil) selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, hari ini. - NSTP/OMAR AHMAD
JOHOR BAHRU: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Ahmad Mohd Don, meninggal dunia pada usia 77 tahun, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Tengah, Kampung Stulang Baru, Majidee, di sini, pada jam 1.55 pagi tadi.
Jenazah arwah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi selepas disembahyangkan di Surau Darussalam, Kampung Stulang Baru.
Anak sulung Allahyarham, Shahril Hafiz, 48, berkata terdahulu ayahnya dibawa pulang ke rumah dari Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.
Sebelum ini, katanya, Allahyarham dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di ibu kota sejak kira-kira dua minggu lalu akibat komplikasi jantung.
Selain penyakit jantung, beliau berkata, arwah turut menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi.
"Doktor memaklumkan perubatan yang diberi untuk menyokong jantungnya sudah pada tahap maksimum, dan rawatan dialisis juga tidak boleh dilakukan kerana keadaan jantung tidak kuat.
"Allahyarham pernah menyebut mahu dikebumikan di Johor Bahru apabila meninggal dunia.
"Oleh itu, kami menunaikan hajat Allahyarham untuk dibawa pulang ke rumah di Stulang Baru," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, hari ini.
Allahyarham meninggalkan tujuh anak berusia 18 hingga 48 tahun dan empat cucu berumur dua hingga 18 tahun.
Ahmad memegang jawatan sebagai Gabenor BNM yang kelima dari Mei 1994 hingga Ogos 1998.
Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan, dengan jawatan terakhir disandang ialah Pengerusi Alliance Bank Malaysia Berhad.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|