View: 21104|Reply: 89
|
Pemuda Penang tak mahu kalah cipta rekod baru pekena nasi kandar RM400
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Seorang pemuda dari Pulau Pinang pula mahu mencipta rekod baharu pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Jalan Dato Keramat di sini apabila menikmati hidangan signatur itu pada harga RM400, hari ini.
Menerusi Facebook restoran berkenaan, pelanggan yang dipercayai berasal dari Bayan Baru itu datang ke premis berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi dan menghabiskan kesemua hidangan yang dibelanja rakannya selama tempoh sejam.
Lelaki itu memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80),29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).
“RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod.
“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.
“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai (datang) makan. Siap buat live TikTok,” katanya di sini sebentar tadi.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan komen berbentuk nasihat kepada pelanggan terbabit agar menjaga kesihatan dan jangan keterlaluan ketika menikmati hidangan berat.
“Jaga kesihatan brader. Banyak udang dan sotong, harap tak gout,” kata pengguna.
“Rakyat Malaysia memecah rekod atas sebab yang salah. Jika dia makan sebanyak ini, dia akan mengalami semua penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung. Dia mungkin akan menghadapi masalah untuk orang tersayang,” komen seorang pengguna lagi.
Terdahulu, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencipta rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu.
Sebelum itu, seorang lelaki dari Bayan Lepas mencatatkan rekod tertinggi apabila menikmati hidangan set talam nasi kandar di restoran yang sama pada harga RM350 seorang dalam masa sejam pada 19 Ogos lalu.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Esok lusa, ada yg lawan makan lagi... memasing takmo mengalah.
Yang terpaling serba-serbi.
Satu inspirasi yg langsung tak sihat dimata budak².
Dah dapat 3 serangkai sok, sakit, terdampar kat spital, pi mintak tolong follower kau bayarkan bil. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya layak dibody-shamingkan kelaku orang cenggini. |
|
|
|
|
|
|
|
berlumba2 nak tunjuk terpaling kaya boleh makan nasi kandar lauk melimpah ruah tapi pada masa mengeluh barang keperluan mahal sambil kutuk kerajaan..dah la gundu rongak pulak tu..baik duit tu g buat gigi palsu bang, boleh guna lama |
|
|
|
|
|
|
|
satu tabiat pemakanan semacam seekor babi
islam tak galak sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini ramai orang yg syok sediri mau berbangga dgn 'yg terpaling': terpaling masyhurlah, terpaling larislah, terpalig mampu, terpaling bahagia, terpaling itu-ini, ttpi terpaling tu semua nak bawa ke mana? Happy n proud of urself? Finally, what? Hanya kepuasan sendiri dn seketika?
Hari ini paling berselera melantak sampai melebihi drp kuantiti yg sepatutnya dimakan. Hairan, larat sekali makan sebanyak ekor makanan laut sekali hadap? Manusia begitu, lupa ke dia kenapa kena makan d ape tujuannya makan? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pentingz tokeh restoren sumyum sampai tingeeeee
Masyuk rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
setiap manusia mencari titik kebahagiaan yg mereka rasakan terdapat di muka bumi ini...tetapi hakikatnya muka bumi ini adalah sementara...hanyalah tipu-tipu sesama manusia sahaja..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia mkn sorg la eh sbyk tu..omg..i time lpr yg terlalu lapar tahap kebuluran pun xblh telan byk byk....duk imagine konon nk mkn semua yg ada..sekali berapa suap je |
|
|
|
|
|
|
|
tak terdesak ke mkn byk byk....air kena standby kt sblh |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun iols suka nasi kandaq…tapi bila kari byk sgt melungai oiiiii…dah lama x pi sulaiman sejak fames tak daya nak beratoq mcm ulaq kena katok…tbh sulaiman antara kedai nasi kandaq yg affordable… |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan duit tu utk modal dialisis nanti. Jgn bazir |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham asal nak pegang rekod. Rugi diri sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
geliss laa tgk org mkn kuah berlambak bercampur2 gitu...jenuh selak nasi tak jmpa2. |
|
|
|
|
|
|
|
gundunya bang susah nak dpt awek nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Bypass surgery say hello ????..we need money ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak rupa udang, sotong, ikan dah..semua sama kaler..kot ye pun jgn mintak kuah banjir dekk..berlengas acik tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
Issh..kena gout .. puas hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|