CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 63046|Reply: 46

[Tempatan] Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024

[Copy link]
Post time 22-9-2024 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-9-2024 10:21 AM
KUALA LUMPUR - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang memasuki hari ketujuh telah mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung seramai 2.3 juta setakat ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 11 hingga 22 September ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

"(Setakat ini, nilai) jualan terus telah mencapai RM17.30 juta dan nilai MoU (Memorandum Persefahaman) dan juga MoA (Memorandum Perjanjian) sebanyak RM3.1 bilion berbanding RM6 bilion yang disasarkan,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata, edisi MAHA kali ini meliputi lima kluster iaitu Kingdom of Agro Food, Food Empire & Food Viral, Food Truck Fiesta, Food Trade dan Rhythm of Farmers.

"Tahun lepas, Kluster Kingdom of Agro Food atau yang menjual anak benih, buah-buahan dan sayur-sayuran telah mencatat angka jualan tertinggi iaitu lebih RM4 juta dan pada tahun ini, kita sasarkan RM5 juta. Sekarang ini dah cecah RM3 juta.

"Kita ada lima segmen dalam Food Empire iaitu best out of the best dari empat negeri iaitu Gulai Tempoyak dari Pahang, Nasi Ambeng dari Selangor, Mi Bandung dari Johor dan Nasi Ganja dari Perak," katanya sambil menambah sebanyak 1,001 jenis makanan dan minuman dijual pada edisi kali ini.

Abdul Rashid pula berkata, pada tiga hari pertama MAHA 2024, pihaknya telah membawa 62 pembeli berpotensi dari luar negara untuk bertemu bakal pengeksport di Malaysia dan daripada usaha itu, sebanyak RM662 juta potensi jualan berjaya dijana melalui lebih 750 padanan perniagaan.

"Kita dapati banyak produk Malaysia sebenarnya mampu untuk menembusi pasaran luar negara tetapi kadang-kadang mereka tidak berkesempatan...

"Jadi apa yang pihak Kementerian (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) buat ialah kita bawa pembeli-pembeli dari luar negara untuk lihat dan berjumpa, buat padanan perniagaan dengan potensi-potensi pengeksport dari Malaysia,” katanya. - Bernama

Bang Mat menyambut ketibaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri yang berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 hari ini.

Terima kasih atas kunjungan Tun yang turut memeriahkan sambutan MAHA 2024.

Sumber: Mohamad Sabu FB




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2024 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak Lah letak jawatan akibat desakan Mahathir. Waktu Najib jadi PM pun Mahathir duk sibuk nak jatuhkan Najib. Pak Lah tak pernah nak masuk campur urusan kerajaan selepas meletakkan jawatan. Tetapi Mahathir tak henti-henti nak masuk campur walaupun dia sendiri dah letak jawatan.Dia masih berdendam dengan pak lah kerana cancel project dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak uzur betul... moga dipermudahkan/sihat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Take care Pak Lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 09:43 AM | Show all posts
Islam Hadhari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2024 07:16 AM
Pak Lah letak jawatan akibat desakan Mahathir. Waktu Najib jadi PM pun Mahathir duk sibuk nak jatuhk ...

Agaknya nak jd seorg politik yg berjaya kena mempunyai attitude mcm madey kott.. so far yg aku tgk leh lawan madey hanye seko saje iaitu bang non . Hahaha.. bab liiwat ape srmua tuu aku no komen..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 22-9-2024 08:21 AM
nampak uzur betul... moga dipermudahkan/sihat

Bg aku dia seorg politik yg baiklaa . Tp org politik yg baik mmg takkan kemana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza Tun n Pak Lah...so kalau nk kekal sihat tak nyanyok sampai tua kena rajin membaca..otak tak boleh pencen lepas pencen..selain exercise n jaga makan..tidur pun tak boleh terlebih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 22-9-2024 08:20 AM

Bab ni mmg Pak Lah berjasa kat penjawat awam....Pak Lah ni orang baik..tapi nak pimpin negara jadi negara maju tu mmg heols tak ada tokoh..tapi heols antara pemimpin yg tak menyakitkan hati rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaknya tgk pak lah. Uzur betul. Dia sakit dementia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Paklah ni klau nak dibandingkan dgn 2 eko lagi tu dia  mmg berminat nak memperkasakan bidang pertanian.semoga ada la moment walau satu saat sekalipun dia ingat jasa dia masa kt maha tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk masuk politik hati kena kotor. Hati Pak Lah bersih sebab tu la dia jadi mcm sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak lah mmg baik...will always remember jasa2 dia kat penjawat awam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:56 AM | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2024 07:16 AM
Pak Lah letak jawatan akibat desakan Mahathir. Waktu Najib jadi PM pun Mahathir duk sibuk nak jatuhk ...

Ada penjilat atuk kata itu kayu ukur kejayaan seorang politikus - menggulingkan successor. Otak kalau dah senget memang susah nak repair kot.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-9-2024 09:47 AM
Agaknya nak jd seorg politik yg berjaya kena mempunyai attitude mcm madey kott.. so far yg aku tgk ...

Madey n bang non dedua seteru...dedua punya high level politician attitude kan...pak lah ni kira dia step down tak do terlibat politik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 22-9-2024 10:01 AM
Beza Tun n Pak Lah...so kalau nk kekal sihat tak nyanyok sampai tua kena rajin membaca..otak tak bol ...

Pak Lah memang dah sakit sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bukan sebab tak membaca
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
abdullah badawi letak jawatan pm pada tahun 2009

banyak faktor, antaranya.. taknak bn, umno berpecah setelah bn hilang penguasaan dua pertiga parlimen dan hilang beberapa negeri ke pembangkang pada pru tahun 2008... mahathir desak kuat supaya pak lah berundur, muhyiddin pun ada juga mendesak supaya pak lah berundur

tentangan kuat drpd pembangkang juga antara sebab pak lah berundur.. isteri anwar ibrahim, wan azizah ketuai kumpulan pembangkang pernah kemukakan usul tidak percaya terhadap pak lah atas dasar 'terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap integriti kerajaan' tapi usul tu ditolak oleh speaker dewan masa tu

anwar ibrahim juga telah buat gerakan strategi mengetuai kumpulan pembangkang yg terdiri drpd pkr, dap, pas dan juga mp2 bn termasuk drpd umno utk jatuhkan kerajaan pimpinan pak lah secara 'pintu belakang' atau 'tebuk atap' atau tak kira la apa nama sekalipun

gerakan utk jatuhkan kerajaan pimpinan pak lah yg diketuai oleh anwar ibrahim tu tak menjadi sbb mp2 bn cancel plan diorg utk alihkan sokongan pada saat2 akhir

mmg betul2 mendebarkan, anwar ibrahim, yg bebas kes liwat 1 beliau masa pak lah jadi pm, buat plan utk jatuhkan kerajaan pimpinan pak lah.. anwar ibrahim mmg seorg politikus yg hebat

oleh itu, banyak punca yg menyebabkan pak lah letak jawatan pm pada tahun 2009.. bukan kerana sebab sorang dua org je... spt mana yg aku pernah sebut dlm porem ni dulu, politikus2 ni, diorg punya game mmg lain machiammm
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:27 AM | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2024 07:16 AM
Pak Lah letak jawatan akibat desakan Mahathir. Waktu Najib jadi PM pun Mahathir duk sibuk nak jatuhk ...

Atok mmg legenda kamir akyat malaysia xkan lupakan jasa atok
kalau xkerana atok,... kami semua masih duduk dalam hutan rumah atas pokok perangai mcm berok
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:38 AM | Show all posts
MAHA dah start dari tahun 1924 ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.404824 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list